Topik ATE Minggu Ini: Panduan Menyusu Badan & Penyusuan Botol

Pakar yang akan berkongsi ilmu dan tips minggu ini adalah Pharmacist Rachel, Maternal and Child Specialist Pharmacist, MamaBe of Alpro Pharmacy. 📰 Topik: Panduan Menyusu Badan & Penyusuan Botol 🗓️ Tarikh: 18 November 2024 Jika anda ada sebarang pertanyaan berkaitan dengan topik ini, jangan malu-malu untuk kemukakan soalan anda. Pakar kami akan sedia membantu! ⛔ *NOTA: Sebarang persoalan luar daripada topik dan tarikh yang ditetapkan mungkin tidak akan dijawab atau dipadam terus.

Topik ATE Minggu Ini: Panduan Menyusu Badan & Penyusuan Botol
18 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

benar ke pengambilan makanan pedas semasa dalam tempoh breastfeed,anak akan jadi cirit atau sakit perut?

2y trước

Menjawab bagi pihak Alpro Pharmacy: Makanan pedas, termasuk bawang putih dan cili, umumnya selamat untuk dimakan oleh ibu menyusu, dan tiada bukti saintifik yang menunjukkan bahawa makanan pedas menyebabkan cirit-birit, gas, atau masalah perut pada bayi. Walau bagaimanapun, sesetengah bayi mungkin mempunyai sistem pencernaan yang lebih sensitif, dan jika ibu mendapati ada kaitan antara pengambilan makanan pedas dan ketidakselesaan pada bayi (seperti cirit-birit atau kegelisahan berlebihan), ibu boleh mengurangkan pengambilan makanan pedas untuk sementara waktu untuk melihat jika ia membantu. Adalah penting untuk diingat bahawa setiap bayi adalah berbeza, jadi jika berlaku reaksi buruk, menyesuaikan diet ibu boleh membantu.