Benjolan di Ketiak.
Pagi ni, saya perasan ada benjolan yg tak sakit di ketiak kiri. Pada petangnya, benjolan dah mula rasa tegang dan tak selesa, rasa sakit sikit mcm kita usik jerawat tu. Khamis lepas, saya baru dapat vaksin untuk tetanus (kancing gigi) di bahu kiri. Adakah benjolan itu kesan drpd suntikan vaksin tetanus atau macamana? Saya ingat nak cek dgn KK masa cek up lg 2 minggu ni... (lama sangat la pula). Ke pantau dulu ke atau segera ke klinik? 🤔🤔🤔#bantusharing #firstbaby Edit: Beberapa hari ni, saya baru mencuba susu formula utk ibu hamil, rupanya ia daripada sumber soya. Saya memang nak elakkan minuman/makanan sumber soya sbb dlm keluarga saya ada sejarah kanser. Takkan baru minum 2 kali, kesannya cepat (merangsang ketumbuhan benjolan? Wallahu'alam. tak baik tuduh makanan. 🤭