Tips Latih Botol Susu
Pada zaman ketika puting dan botol susu belum dihasilkan, pilihan yang ada hanyalah sudu dan cawan..mungkin picagari juga pada era yang sama. Ketiga-tiganya masih lagi alternatif pada hari ni. But, let's get real: dalam zaman ketika ramai ibu perlu berkerja pada hari ini, tidak ramai penjaga bayi yang sanggup untuk menyusukan bayi menerusi sudu, cawan atau picagari. Ia agak leceh dan mengambil lebih masa. ? Saya kongsikan 11 tip memperkenalkan botol susu kepada anak yang saya kumpulkan dari beberapa laman web antarabangsa. Ia bukan saranan peribadi saya. Buat ibu yang mengamalkan penyusuan susu ibu, rujuklah pakar laktasi anda jika terdapat sebarang tip yang anda kurang pasti mengenainya ? Sebelum anda bermula, semua ibu perlu tahu PUNCA UTAMA bayi bergelut dan perlu masa menerima minum susu dari botol susu: ✔ Puting botol ibarat 'benda asing' buat bayi. Jika selama ini anak sudah terbiasa minum hanya dari puting ibu, tentulah puting tiruan terasa pelik bagi bayi. Malah, sebenarnya, puting ibu sendiri terasa pelik buat sebahagian bayi! Semasa di dalam kandungan, bayi tidak pernah minum dari puting ibu. Maka, seperti puting botol, sebarang 'benda baru' termasuk puting ibu, terasa kekok buat bayi. Inilah mengapa 'breastfeeding' TIDAK semestinya datang secara semulajadi, mudah dan 'bersahaja' buat semua bayi..juga ibu bayi. ✔ Anak kecil belajar dari pengalaman. Itu satu-satunya cara mereka belajar. Sebagai seorang konsultan bidang bayi, saya telah sebut hal ini banyak kali kepada ibubapa. Apa yang anda biasa beri,itulah yang anak faham. Maka, dalam hal menyusu dari botol ini, anak telah ada 'mind set' bahawa 'acara minum susu' itu ialah dari puting ibu, bersama ibu. Kerana itu, bila tiba-tiba botol susu mengambil alih, sebahagian anak keliru; 'what is going on' ? Acara apakah ini? ⏩⏩ mengapa saya beritahu hal ini? Agar ibu dapat sedikit idea tentang apa yang anak rasai. Maka ibu lebih mudah empati dan bersabar. Sebahagian ibu yang tidak sedar hal ini, bertindak marah-marah malah terfikir untuk guna paksaan dan kekerasan untuk buat anak 'suka botol' terutama bila sudah terdesak. 1⃣ Mulakan awal Semua anak mamalia lahir dengan 'sucking reflex' (reflex menghisap). Menjelang 3-4 bulan, reflex ini 'hilang' atau lebih tepat di sebut berubah menjadi 'voluntary act' (kelakuan pilihan anak). Jika anda tidak berhajat BF anak,tiada masalah untuk mula perkenal botol sejak hari pertama. Jika anda ibu BF, sifirnya, usah perkenal botol terlalu awal kerana khuatir anak keliru puting. DAN dalam masa yang sama, janganlah pula 'terlalu lewat' ketika sucking reflex sudah mahu bertukar menjadi kelakuan terpilih anak. Disarankan MULA latih botol pada usia anak 4 minggu ke atas, dan tidak lewat dari 2 bulan. Hadkan jumlah penyusuan melalui botol dalam sehari agar tidak menganggu amalan BF. 2⃣ 'Anyone else but mommy' Biar orang lain yang memberi bayi susu. Ibu harus beredar jauh atau sebahagian ibu perlu menyorok dan keluar dari rumah ketika tempoh latihan supaya bayi tidak nampak, hidu,mendengar suara atau mengesan kehadiran ibu. 3⃣ Mula perkenal ketika anak tenang, rilek atau mamai. Sebahagian dari kita ini, ada tabiat : kalau dah tak suka tu, tengok rupa atau nak dekat pun tak sudi ??. Begitulah juga dengan sebahagian bayi. Maka, sedikit helah mungkin mambantu. Cuba beri botol ketika bayi tidak sedar sepenuhnya: ketika mamai untuk masuk tidur atau ketika baru bangun tidur. Cukup untuk bayi ada pengalaman menikmati puting botol walau sekejap dan merasa ia taklah seteruk yang di sangka. 4⃣ Tukar jenis puting. Seperti isu keserasian seseorang bayi terhadap sebahagian jenama susu, lampin pakai buang atau sabun mandi , mungkin jenis puting ada kesannya pada suka atau tak suka bayi. 5⃣ Tunggu bayi dah 'kebulur' ❓ Sebahagian ibu merasakan jika tunggu hingga bayi benar-benar sangat lapar, pasti bayi akan mudah minum dari botol. Ya mungkin ada masanya helah ini menjadi. Namun, tidak untuk jangka masa panjang. Mengapa? Saya telah sebut fakta bahawa anak kecil belajar dari pengalaman. Maka, anak perlu sedar untuk melalui dan merasakan keseluruhan perjalanan pengalaman itu. Jika anak sengaja di buat minum ketika sangat lapar, anak akan minum dalam keadaan terpaksa dan terburu-buru. Maka, pilih untuk tawarkan botol ketika anak sudah lapar tapi bukan sudah teramat lapar. Jika anak menolak, cuba tawarkan semula setiap setengah jam selepas itu. Ini salah satu teknik yang sama di gunakan ketika 'potty training' anak. Anak di bawa masuk ke tandas setiap 1-2 jam tak kira samada anak ada memberitahu dia mahu buang air atau tak. Maka, dalam kes latihan botol susu, ulang tawarkan botol setiap setengah - 1 jam. 6⃣ Hangatkan puting botol sejurus sebelum memberi botol kepada bayi. Sumber yang memberi tip ini mengatakan ia bagai meniru hangat kulit ibu. 7⃣ Sapu atau celupkan puting botol dengan susu ibu. Ini supaya lidah bayi merasa susu terlebih dahulu sebelum merasa puting. Ia serupa dengan tip titiskan susu ke lidah bayi sebelum menyua botol. 8⃣ Selit botol ketika sesi penyusuan badan hampir berakhir. Ini bertujuan agar bayi dapatkan baki susu yang dia mahukan dari botol. Anak yang sudah hampir kenyang, rasa rilek, gembira dan sedikit mamai lebih berpotensi untuk 'go along' atau ikutkan saja untuk terima botol. Ini teknik yang sama untuk melatih puting tiruan (pacifier). 9⃣ Gunakan pelindung puting (nipple shield) di payudara ibu terlebih dahulu agar bayi mudah terima puting botol kemudian. ? Cucuk puting botol dibeberapa tempat untuk hasilkan beberapa lubang tambahan. Ia supaya air susu dari botol akan merembes dari beberapa arah dan lebih laju ibarat susu dari payudara ibu. * NOTA PENTING: buat ibu-ibu yang tekad terus mengamalkan pemberian susu ibu, tip ini boleh merisikokan kekeliruan puting. Ini kerana mencucuk beberapa lubang tambahan akan meningkatkan aliran pengeluaran susu dan boleh membuat anak lebih gemar puting botol berbanding puting ibu. 1⃣1⃣ Pelbagaikan posisi dan suasana Oleh kerana pengalaman sedia ada telah buat anak ada 'mind set' tertentu tentang acara minum susu : berbaring di dada ibu + susu dari badan ibu, maka cuba ubah terus keseluruhan pengalaman itu. Misalnya susukan ketika anak duduk menegak dan membelakangi dada anda sambil menonton tv atau melihat kanak-kanak bermain di taman. Atau susukan ketika anak dalam troli membeli belah atau ketika berjalan-jalan ambil angin. ??❤ Cubalah dengan tekun dan konsisten. Tiada anak yang berjaya sleep training dalam hanya 1-2 malam, tiada anak yang berjaya mahir hisap puting dalam hanya 2,3 kali cubaan dan tiada anak yang berjaya mencerai lampin dalam hanya beberapa hari latihan. Selamat mencuba! ??? Kredit: Page Baby Language