Bersalin anak ke 2

Pada tahun 2022 saya bersalin anak ke 2 secara emergency czer disebabkan uri pecah, tak sangka pula uri pecah sebab masa tu dah 40 minggu 3 hari dh lebih hari , tiba² dlm pkul 3 pagi terasa nak terkencing yg tak tertahan rupanya air ketuban pecah sekali keluar darah yg tak henti disebabkan uri pecah dan pendarahan tak henti, terus ke hospital dan check terpaksa emergency czer. Mungkin ada hikah kena czer sebab baby Lahir berat 4.4kg semua doktor dan nurse terkejut sebab baby besar huhu.Alhamdulillah anak Selamat tapi ditahan di NICU sbb tertelan darah tak silap serta kekurangan oksigen , anak di tahan selama 12 hari. Tu pengalaman yg agak menakutkan bagi saya sbb terpaksa berpisah dgn anak . Alhamdulillah selepas 12 hari dibenarkan balik ke Rumah dan alhamdulillah sihat . #SukaDukaIbu

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ya Allah, baca cerita ni terus rasa sebak, pengalaman yang betul-betul menguji kekuatan seorang ibu, uri pecah, pendarahan, emergency czer, dan kemudian terpaksa berpisah dengan baby selama 12 hari di NICU, memang bukan semua orang boleh hadapi dengan tabah seperti sis. Tapi Alhamdulillah, semuanya berakhir dengan baik, dan baby 4.4kg tu pun sihat balik rumah, Allah itu Maha Penyayang, dan sis memang seorang ibu yang sangat kuat. Terima kasih kerana sudi berkongsi pengalaman yang begitu berharga ini, semoga ia memberi kekuatan kepada ibu-ibu lain yang mungkin sedang melalui situasi yang sama.

Đọc thêm