Relax mommy, bertenang 😊 Pertama sekali, jangan ada perbandingan. Setiap baby tak sama😊
Kedua: walaupun baby belum tumbuh gigi atau baru nak tumbuh gigi, gusi baby sebenarnya kuat. Mereka boleh mengunyah makanan mengikut tekstur yang sesuai.
Ketiga: Kita as a parent kena belajar dan ambil tahu perbezaan gagging dan choking. Gagging ni tindak balas yang normal bila anak mencuba suatu tekstur makanan yang baru.
Anak saya umur 12 bulan baru tumbuh gigi yang pertama. Tapi tidak bermaksud anak saya makan tekstur yang halus sebelum tumbuh gigi tu. Sebelum 12 bulan, anak saya dah boleh makan pelbagai tekstur (semi-mashed, mashed, small cut, etc)
Banyak sebenarnya menu untuk baby. Antaranya:
- Pancake (sweet or savory)
- Homemade nugget
- Homemade cookies
- Steamed vege
- Pasta
Saya sarankan awak follow FB: happybabyfoodmalaysia. Percayalah ia sangat membantu untuk kita mendalami ilmu pemakanan baby. Ada banyak info dan resepi yang sangat bermanfaat untuk awak👍
All the best mommy 🌹
Đọc thêm
Excited to become a mum