42 Các câu trả lời
Salam sejahtera puan. Untuk makluman anda, hidung berdarah adalah antara gejala yang biasa terjadi kepada ibu hamil. Hal ini berlaku kerana saluran darah yang mengembang sewaktu kehamilan dan saluran darah pada bahagian hidung ini lebih mudah tercedera. Namun begitu, sekiranya pendarahan berlaku terlalu kerap atau terlalu banyak, anda disarankan untuk merujuk kepada doktor agar dapat memastikan bahawa tiada sebarang masalah lain yang menyebabkan anda mengalami gejala ini. Anda boleh layari www.DoctorOnCall.com.my untuk mendapatkan maklumat lanjut tentang sebarang masalah kesihatan atau bercakap dengan doktor bertauliah secara atas talian. Terima kasih.
Sy pun pregnant hidung kerap berdarah boleh d katakan setiap hari tp xla banyak mcm ni, mungkin normal la tu sbb dr pun ada cakap kdg2 ibu hamil akan alami alahan yg bbeza.. Temperature badan kita yg x tetap tula kejap2 boleh bleeding.. Doktor cuma nasihatkan jgn tidur dlm aircond then kalau tgh bleeding tu letak ais batu dkt pangkal hidung yg bdekatan mata utk stopkan darah.
Sama sis.. Tapi tak banyak macam tu lah.. Setiap pagi memang akan keluar darah.. Dah tanya doc. Doc tanya ada tidur pakai aricond.. Saya cakap ada..then doc cakap perkara biasa.. Tapi kalau sis nak tahu lebih lanjut..beter tanya doc.. Lain orng lain sebab nya sis.. Sentiasa positif. Tu jer..
Rasanya normal sis. Cuma berbeza la ikut ibu2 . Kalau saya, Tak serious sgtmcm ni .just bila korek hidung baru nampak Ada darah. And kadang bersin pun Ada keluar....anyhow harap yg baik2 ja utk sis and baby. Kalau musykil jumpa doctor secepatnya ya. Take care ♥️
Sy pun pernah mcmtu tgh2 mlm darah keluar dari hidung mcm air terjun tbe2. Smpai rase nk pitam. Baru2 ni pun mcmtu tiba2 ade benda laju mengalir dari hidung rupa2nya darah 😅
Saye pun malam hidung berdarah, sampai 3x seminggu, xbnyak sikit2 je bleeding, tdor xpakai aircond, mgkin kerja siang d bilik aircond, balik rumah panas, kpala pun x pening
ank pertama dulu pernah bleeding hidung .lama nk habis bleeding tu .tp tulah first n last ..lpstu x kne lg . mungkin pns dlm ke. try rujuk doc sis . bhya bnyk drh tu
Pengalaman sy,anak ke 3 macam ni. Kerap keluar darah dari hidung setiap awal pagi. Tapi sya positif kn sja buat macam tiada. Lepas bersalin dah tak ada
Alamak darah! ☹ sis jaga diri baik2.. sy x pernah mcm tu. Melainkan sy selesma teruk masa pregnant, jadi hidung pun jadi kering dn panas..
Gusi dan hidung akan kerap berdarah semasa hamil. Tapi kalau sis rasa macam teruk sgt, sila rujuk klinik / hospital a.s.a.p