1 Các câu trả lời

Normal.Ini kerana rusuk bergerak ke atas dan ke luar apabila hamil supaya terdapat lebih ruang untuk paru-paru. Hormon kehamilan iaitu progesteron juga membuatkan badan mengubah cara ia menyerap oksigen dalam darah melalui paru-paru. Akibatnya, badan menjadi lebih sensitif terhadap tahap karbon dioksida (gas yang dihembus keluar) dalam badan. Perubahan ini bermakna bahawa badan melakukan tugas dengan lebih baik dalam memproses oksigen dan karbon dioksida. Sis bernafas pada kadar yang sama seperti sebelum hamil. Tetapi sekarang, dengan setiap nafas, sis bernafas dengan lebih dalam. Ini dikatakan adalah punca utama rasa seperti sesak nafas. Menjelang penghujung trimester ketiga, saiz bayi yang semakin membesar boleh membuatkan sesak nafas juga. Pada peringkat ini, uterus (rahim) benar-benar mula menolak ke atas ke arah diafragma, iaitu lapisan otot yang terletak di bawah tulang rusuk. Diafragma pula menekan paru-paru. Pada ketika ini, mungkin akan rasa sesak nafas sekiranya tidak mengalaminya sebelum ini, terutamanya jika kedudukan bayi tinggi.

Ow mcm tu. Tqvm puan 😉

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan