Bayi sebulan + tak tidur siang

Normal ke baby 1 bulan 23hari tak tidur siang.. Ni dah hari ke 3 baby tak tidur siang, Kerap nangis , Dah check pampers , Dah sapu2 Perut dia dengan minyak telon / minyak kayu putih .. Lepas susu dah sendawa kan .. Asyik kentut, Berak 3/4 sehari lembut dan tak keras warna kuning murstad , Tapi dia tidur sekiranya dia bangun jam3.30 subuh sampai ke jam4 petang belum tidur . Bila bagi tidur , dia akan tidur sekejap dalam 2/3minit dan bangun semula dan menangis , baby akan tdo dalam petang jam4 atau jam5 selepas tu kita bg dia mandi , dia bgn dalam 2/3Jam dan tidur lagi sehingga la jam1/2/3 tengah malam Tula masa dia bangun .. Ada masa nya akan nangis teruk dan gosok mata dia.Saya dah buntu nak fikir mcm mana? Kesian dan takut dengan baby.. Perlu ke saya bawa ke hospital ?? saya risau baby berat drop .. susu pula dia kuat menyusu , Susu Formula dan Susu badan.. Saya Campur sebab saya pesakit darah tinggi dan minum ubat darah tinggi , farmasi dah pesan sekiranya makan ubat jarakkan 5jam, So terpaksa bagi formula juga sebab dalam masa 5jam takan baby tak minum susu kan .. Btw saya minum ubat darah tinggi Amlodipine 10mg..

16 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Kadang2 tu budak beralih bulan org tua2 saya cakap lah. Tapi tidur anak saya, saya jaga. Siang tidur 2 jam, main dengan dia 1 jam, siang tidur buaian n swing .Malam start pukul 9 tutup lampu bukak lampu tidur, saya tidur kan dia. Sebelum tidur tu mmg bagi dia selesa habis2. Tukar pampers sapu minyak urut kaki bgi susu kenyang2 n sedawakan dia. Alhamdulillah dia tidur lama cuma dia bangun nk susu je lepas tu tidur balik.

Đọc thêm
1y trước

Lepas dia menyusu tu mmg dia tidur, tapi saya bangunkan dia sebab nak sendawakan dia. So automatik dia bangun sis. Lpstu saya bagi dia main baby playmat atau benda gantung2 tu. Dia leka benda tu. Masa dia 1 bulan saya banyak bercakap gn dia, pandang mata dia. Insyallah lama dia bangun. Kalau dia mengantuk juga awak menyiarapkan dia sambil tu boleh buat tummy time.

Yup perlu bawa ke hospital sebab dulu anak saya pun mcm tu setiap jam bangun, tidur pun berapa minit je, lepastu saya buntu sbb tk tahu dia sakit apa sebab saya first mom. At last bawa pergi klinik sebab tktahu punca dia tknk tidur plus merengek je dan doc kata nafas dia laju then kena refer hospital. Lepastu disebabkan nafas dia laju dia kena warded hospital sebab kena jangkitan kuman masa umur 21hari.

Đọc thêm

rasanya baby overtired tu. anak sy pun haritu overtired mmg meragam seharian. boleh Cuba buai, bouncer utk Bantu dia tidur. utk ank sy, sy perasan, dia tidur lena kalau tidur meniarap. mmg 2,3 jam tidur. agknya lega perut kot tidur mcm tu. kurang terkejut2 jgk. tapi ingat ya, tidur meniarap ni berisiko, takut baby lemas. memang kena pantau sentiasa.

Đọc thêm

Bawa jumpa doktor kanak kanak la sis. Dulu baby saya colic, asyik nangis, tak nak tidur. Saya dah buat apa yg saya mampu, sapu minyak, tuam tuala panas, buat bicycle exercise, massage I Love You. Doktor bagi baby saya ubat simethicone utk membebaskan gas dlm perut, dan supplement probiotic brand biogaia. Baby elok sikit lepas tu, tapi tak 100% ya.

Đọc thêm

wake up window kena jaga, setiap kali bby dah tunjuk signal mengantuk, kena tidurkan. Baby nak reach deep sleep ambik masa 20 minit, dlm tempoh ni dia mudah terjaga kalau ada gangguan. Jam tidur dia dah tak betul tu, sbbtu bby overtired so tidur pun dah tak lena. Kena guna props yg btl, bedung ketat2 dan hayun2 dia bg rasa mcm dlm alam rahim.

Đọc thêm
Post reply image
1y trước

baby nap memang agak2 dalam sejam mcmtu, kalau nap sampai 2 3 jam kdg2 dia jadi mengamok sbb dh tlebih tidur. ada org bgga anak dia siang tidur lama, tp ingat.. malam tdur dia jd singkat. selain drpd itu, mungkin bby dlm fasa growth spurt. boleh gugel fasa2 growth spurt. harap membantu 😄

Post reply image

saya buat mcm nie ,bagi susu dulu pstoo dodoikan sampai dia da lena baru letak kt bawah ...alhamdulilah okay je smpai skrg dah 4 bulan pn mcm tuu jugak kena dodoii jp smbil isap tek baru dia tdo ...

takut baby kembung, tuh dia kerap kentut, rasanya mummy perlu bwak baby ke pkar knak knak, takut bila berlarutan baby boleh kena colic(angin),

Thành viên VIP

baby jaundice mmg kerap tdo pg...berak kuning..mata kuning, dahi kuning..itu biasa..and jaundice boleh jd prolong jaundice smpai hampir 2bln

Kene betul kn jadual tidur dia sis. Kalau malam tutup lampu . Pkul 9pagi bkk tingkap biar cahaya bg dia tahu hari dah siang .

betulkan semula jadual tido baby awak. xpe train semula slow2. cara awak cerita nampak macam baby overtired.