19 Các câu trả lời
lebih baik amalkan real food mcm husband awak cakap. takut kandungan gula tinggi je dlm pati delima yg awak nk consume tu. kebanyakkan produk2 dkt pasaran ni overclaim dear. boleh refer item no. 8 Soalan: "Prof Imelda, semasa hamil ada pantang-larangnya ke?" Jawapannya: Ada. Mai chek nak habaq, inilah nasihat dari Prof Imelda, apa yang ibu hamil tak boleh ambil: 1) Minuman beralkohol, tidak kira apa jenis, walaupun kandungan alkohol yang hanya sedikit, termasuklah tapai dan tapai pulut. Alkohol boleh menyebabkan keguguran, kecacatan pembentukan janin dan kerosakan otak janin, walaupun ia hanya sedikit dan tidak memabukkan ibu hamil. 2) Jangan merokok, vape, hisap ganja, penyalahgunaan dadah sebab ini boleh memudaratkan kesihatan ibu hamil dan janin di dalam kandungan. Elakkan menyedut asap rokok yang dihembus keluar oleh orang lain, iaitu secondhand smoke. 3) Makanan atau minuman yang ibu hamil sendiri ada allergy atau alahan. 4) Ubat tahan sakit yang mengandungi NSAIDs seperti aspirin berdos biasa 300mg (tetapi aspirin berdos rendah 75mg hingga 150mg seperti cardiprin adalah selamat), ibuprofen, voltaren, sodium valproate, ponstan, mefenamic acid, naproxen, nurofen, salicylic acid, salicylate, diclofenac, indomethacin, sebab ini boleh mengganggu kesihatan buah pinggang janin di dalam kandungan dan boleh mengurangkan air ketuban. 5) Elak ubat sapu atau minyak sapu yang memanaskan badan sebab ini juga mengandungi methyl-salicylate iaitu salah satu ubat NSADs, seperti di dalam tiger balm, deep heat, minyak angin. Bila digunakan, ia boleh menyerap masuk ke dalam kulit ke dalam darah. Bila digunakan sedikit saja mungkin tidak memudaratkan tetapi lebih baik elakkannya. 6) Untuk penjagaan kulit atau skincare, jika ia adakah skin scrub atau skrub kulit yang mengandungi salicylic acid atau salicylate, elakkannya. Jika ia di dalam bentuk pencuci muka tanpa scrub, boleh digunakan jika berdos kecil, iaitu kurang dari 2%. Jika anda tidak pasti apakah dos salicylate di dalam pencuci muka atau krim muka, lebih baik elakkan mana-mana yang ada bahan ini. 7) Ubat-ubatan yang dibeli sendiri tanpa nasihat doktor. Jangan beli ubat-ubat sendiri. Datang berjumpa doktor untuk mendapatkan nasihat tentang ubat-ubatan semasa hamil. 8)Produk-produk, jus-jus, yang dijual oleh penjual-penjual dengan tuntutan overclaim memutihkan kulit baby di dalam kandungan, menaikkan darah merah Hb, menghilangkan alahan, menghilangkan jerawat, memberi tenaga, mengawal kencing manis, mengurangkan keputihan, memberi tenaga dan pelbagai-bagai jenis overclaim untuk kesihatan ibu mengandung. Jangan terpedaya dengan produk overclaim mengarut-ngarut. 9) Produk penjagaan kulit (skincare) yang memutihkan kulit atau melambatkan penuaan kulit yang mengandungi merkuri. Ini ialah bahan terlarang yang boleh meresap ke dalam darah dan boleh memudaratkan kesihatan ibu dan merosakkan pembentukan otak janin. Sila baca label apakah bahan kandungannya. Jika ada perkataan seperti mercurous chloride, calomel, mercuric, mercurio, mercury, jangan gunakan produk kulit ini. Jika produk skincare memutihkan kulit atau anti-ageing yang dijual itu tiada label apakah bahan kandungannya maka janganlah beli. 10) Elakkan ikan laut dalam besar-besar yang tinggi pencemaran mercuri seperti ikan jerung (shark), ikan todak (swordfish), ikan marlin, ikan king mackerel, ikan barramundi, ikan tuna besar seperti bluefin tuna, bigeye tuna. Sebabnya ialah ikan besar-besar ini hidup dengan lebih lama di laut dalam dan boleh mengumpul pencemaran merkuri di dalam badan. Makanlah ikan-ikan kecil yang lebih selamat seperti udang, sotong, ketam, salmon, ikan bilis, ikan kembung, ikan selayang, ikan keli, ikan siakap, ikan tilapia, ikan sungai dan sebagainya. 11) Telur mentah, ikan mentah, ayam mentah, daging mentah dan susu mentah. Elakkan ayam atau telur mentah atau separuh masak untuk mencegah keracunan salmonella. Elakkan daging tak masak betul untuk mencegah jangkitan toxoplasma. Elakkan ikan tidak dimasak termasuk sushi atau oyster mentah untuk mengelakkan keracunan makanan. Elakkan susu kambing mentah atau susu lembu mentah yang baru diperah jika tidak dimasak sehingga mendidih untuk mengelakkan jangkitan Listeria, Brucella, Campylobacter, Cryptosporidium, E. Coli dan Salmonella. 12) Jangan ambil vitamin A berdos tinggi sebab ini boleh menyebabkan kecacatan pembentukan janin. Ini termasuklah ubat jerawat seperti retinoic acid. Jangan ambil multivitamin suplimen yang bukan dirumuskan untuk kehamilan. Multivitamin suplimen biasa, ada yang mengandungi dos Vitamin A yang terlalu tinggi maka lebih selamat tukar ke multivitamin yang dibuat khusus untuk wanita hamil. Elakkan memakan hati lembu, sebab ini juga tinggi dengan vitamin A. Orang Eropah suka makan pate yang diperbuat dari hati lembu, maka saya nasihatkan elakkan ini semasa hamil juga. 13) Elakkan megadose Vitamin C (2000mg Vitamin C sehari ke atas ialah overdos atau megados) atau apa-apa supplement tambahan berlebihan yang anda tidak perlu tanpa nasihat doktor. 14) Elakkan pengambilan caffeine melebihi 200mg sehari, sebab ini boleh menyebabkan keguguran dan masalah pembesaran janin. Caffeine boleh didapati di di dalam kopi, teh, koko, cokelat. 15) Jangan ‘makan untuk DUA’ atau makan berlebihan, sebab berat badan anda boleh naik dengan mendadak semasa hamil dan boleh meningkatkan risiko diabetes semasa hamil, tekanan darah tinggi semasa hamil, janin menjadi terlalu besar atau bahu tersangkut semasa kelahiran bayi (shoulder dystocia). 16) Elakkan ais yang dibuat dari air tidak bersih atau air paip yang tidak dimasak atau air paip yang tidak ditapis. Lebih baik jangan minum ais dari gerai tepi jalan termasuk ais kacang, dan ambil ais yang anda pasti dibuat oleh air bersih atau dibuat sendiri. 17) Elakkan makanan tidak sihat seperti makanan tinggi gula, tinggi garam, tinggi pengawet, makanan berproses, jajan, air manis penuh gula. 18) Ramai juga bertanya tentang pewarnaan rambut semasa hamil. Tidak ada cukup data dari kajian perubatan untuk membuktikan ia memudaratkan kesihatan janin di dalam kandungan, tetapi nasihat yang terbaik ialah elakkannya pada 3 bulan pertama kehamilan sebab inilah masanya organ-organ janin membentuk. Tak payahlah pantang buah-buahan segar semulajadi yang berkhasiat dan ada kebaikan serat buah. Jangan takut makan buah nenas, minum air kelapa, air tebu, buah betik, buah durian, buah tembikai selagi anda tiada allergy atau alahan dan anda bersederhana. Tak payahlah pantang minum air sejuk berais selagi anda gunakan ais yang diperbuat dari air bersih dan bukan air manis yang tinggi kandungan gula berproses. Sekian, terimakasih Dr Imelda Balchin Professor (Clinical) KPJ Healthcare University Consultant Obstetrics & Gynaecology Subspecialist in Maternal & Fetal Medicine with special interest in preterm birth prevention MSc in Public Health Social Media Influencer for Health Advocate for Women Empowerment Founder of Cervical Insufficiency Society Malaysia Marathon runner
Ye kalau saya lebih suka fresh, nurse pun kdg x sugestkan yg pati, sbb tinggi gula. Saya dri awal mngandung mmg makan buah delima fresh ya, hari2 x miss kira satu hri bolrh 1/2 biji, HB saya mmg cntik 13 /12 maintain je smpai brsalin, Alhamdullilah anak keluar kulit bersih x dak sebrang ap mslah kulit pun, ank pun merah2 je kulitnya
saya setiap hariii blend jus delima dari buah dia. sehari sebiji saya blend. walaupun buah delima agak mahal, tp saya rasa better sebab dari buah asli. x campur apa2, air dan delima ja time blend tu. pastu filter dia punya hampas2 tu. rasa still sedap, manis yg okay, walaupun x letak gula. hb pun naik alhamdulillah.
dah masuk 6 botol dari awal pregnant. so far okay, hormon pun stabil. period lancar. kadang minum campur air sejuk makan dengan ubat tambah darah. kadang minum cemtu je dia masam2 sikit
I seee, Thank you for sharinggg awakkkk
Terpulang..lg bagus kalau delima asli..tapi sbb biji selalu lekat kat gigi+kurang rajin nk blend buat air, sy beli je gulsan tu.. alhamdullilah hb naik..
Xpe.. boleh je awk.. suruh dia buatkan.. 🤣
Nanti awak tanya soalan ni kat doktor masa checkup tau. Kalau doktor saya tak bagi sebab tiada kepentingan. Doktor advice untuk opt to real food.
Saya pernah amalkan. Alhamdulillah membantu juga. tapi sekiranya dapat makan yang real fruit lagi baik. Boleh terus makan atau buat jus pon boleh
saya makan pati delima gulsan bagus hb naik dari 9 ke 12,4 gdm Pon tak sangkut sebab dia tak manis dia rasa masam kelat delima gitu
Sy hb mmg low je spanjang pregnancy..jmpa dr pakar, dia suggest amalkan pati delima gulsan.Alhamdulillah hb makin naik..n x sangkut GDM
Sy amalkan yg pati delima jenama gulsan tu..ada jual kt kedai2 arab..kt shoppe pun ada
sy mkn pati delima gulsan..hb lagi turun haahha .. lps tu sy mnum buah dlima fresh2 .. dlm bntùk buah n jus.. bru naik cunn hb
sama la kita.. 4 botol dah mkn.. pelik HB makin drop.. last² stop trus..
Puteri Qhairun Nisa