13 Các câu trả lời
Steady je puan. Elakkan stress. Elakkan stress dan be a happy mom salah satu sebab pengeluaran susu yg baik. 1st, niat kan penyusuan susu ibu kepada ank kerana Allah. Mohon susu cukup buat ibu dan anak. Kalau minta susu yg banyak, penat nak uruskan susu tu. 2. Mula I sekarang, follow medsos Owh Didiyana atau FB Happy Breastfeeding Malaysia. Banyak info bermanfaat, ada kelas online da kelas fizikal dgn kaunselor / konsultan penyusuan bertauliah. Jangan layan mesej2 scammer pasal penyusuan susu ibu. 3. Buat senaman dada yg sesuai dgn kehamilan, postanal dll. Minum air kosong secukupnya. Makan makanan lengkap dan cukup nutrien. Elakkan makanan processed/ fast/junk food. Kurangkan pengambilan kafein. Elakkan alkohol merokok vape dan pelbagai asap. Pengalaman saya, sejurus baby dah di bersihkan selepas czer, nurse suakan baby ke dada saya dan nurse kata baby pandai menyusu dan susu saya banyak.. Syukur. Pilih hospital dan KK/ klinik Rakan Bayi yg ada perkhidmatan sokong penyusuan susu ibu. Dapatkan konsultasi drpd nurse laktasi.
Pengalaman saya bersalin di salah satu hospital rakan bayi sangat sangat supportive. Lepas bersalin, lactation nurse guide saya dan suami untuk penyusuan baby kali pertama. Waktu ni macam macam soalan boleh tanya pada lactation nurse. Hari nak discharge pun sama. Lactation nurse visit lagi untuk guidance sebelum balik. Untuk mantapkan lagi ilmu penyusuan, boleh pergi kelas penyusuan dan follow certified lactation counselor yang ada di social media. Mereka ada share info secara percuma dan berbayar. Antaranya - Puan Nad Masrom - @numommalaysia (associate with Puan Nad Masrom) - Owh Dydiana - @talksyusu - @nyusoo.official - Puan Noorfazila Bt Abdul Rahman *Ada ramai lagi di luar sana. Boleh follow ikut preference awak. Jangan lupa dapat kan sokongan moral dan fizikal daripada suami. He's the pillar to support our breastfeeding journey. Mula belajar daripada sekarang dan semoga breastfeeding journey awak dipermudahkan 🌹
Second trimester sis start makan makanan utk galakkan proses susu, cth lobak putih, kurma dll. Mindset kena sentiasa positif susu ada susu banyak utk baby. Biasa lepas bersalin, ibu dah siap jahit baby dah dibersihkan suami dah azan atau iqamat, baby akn diberi pada ibu. Nurse akan ajar cara menyusu baby utk kali pertama, siap betul2 teknik atau posisi menyusu jika salah. Tengok tanda2 baby menyusu ke tak, pipi dan dagu dia mcm bergerak tgh minum. Kalau belum ada susu lepas bersalin, tetap juga skin to skin dgn baby ia menggalakan proses susu keluar. Banyakkan membaca ilmu penyusuan atau boleh tanya nurse sis. Yg paling penting emosi kena jaga, elakkan stress.
Terima. Kasih yaa tipsnya, sy cubaaa susu kan nanti lepas bsalin🥹
saya pun terfikir macam awak sebelum bersalin . lepastu misi yg jaga saya dekat kk selalu pesan kita kalau nak bf anak , kena selalu fikir yg saya memang nak bf anak & susu saya byk . jgn fikir mcm mana klau susu takde la susu sikit la apa . dan alhamdulillah mmg susu saya byk sangat . lepas je baby keluar dari perut , akan ada yg bawa baby dekat awak untuk df sekejap . dan bila dah masuk wad , awak boleh terus df anak klau anak bersama dgn awak , akan ada yg bantu nanti no worries . baby akan lepas sendiri klau dia dah kenyang . awak jangan risau okayy . dan boleh follow socmed yg mommy lain share tuu , sgt sgt membantuu 👍🏻
Ye anak kdua dah tp sbb first time nak direct feed , yg pertama sy pump letih🥹tu nk cuba yg 2nd ni😁
Lepas baby keluar, dorg akan terus letakkan baby kat dada kita then baby akan cuba cari puting. Mindset perlu set awal2 “sy ada banyak susu, sy ada banyak susu”.. Tapi ikut pengalaman sy bersalin, 4 hari lepas bersalin baru keluar susu walaupun sy positive thinking je. Sejak dari bersalin sampai hari ke-4 tu memang sy direct breastfeed baby, baby hisap pun okay je teknik betul cuma susu takde. So 3 hari pertama tu memang nak sedia jgk la formula kalau baby kuning & mommy masih takde susu😅😅 tp x semua org sama, ada je yang bersalin terus ada susu badan
Tqqq ya , nak tahu masa bg susu fm tu botol ke syringe?
Saya bersalin hospital pakar swasta, hari first dgn second lactation counselor buat breastfeeding session tp susu saya tetap tak keluar. Bengkak pun tak 😅 Mindset saya nk fully bf ni dari second trimester lg & selalu be positive sambil gali2 breastfeeding knowledge. Nk kata stress pun tidak sebab bersalin swasta first class ward pulak tu husband teman 24/7 & pastu siap ambil package CL sebulan. Hari ke5 baru susu keluar tu pun mmg nonstop saya latch kan baby nk stimulate. Mujur standby fm bg dia day 3 & 4
Faham, sbb anak sy yg 1st mcm tu juga🥹 tp balik je rumah xnak direct pula🥲ni num dua sy nak cuba🥹
lepas je baby keluar dr bdn, skin2skin dulu, lepas dh siap baby timbang ukur bersih semua nurse letak baby kat cot sebelah, bangun angkat anak tu terus bf, if tk boleh buat sdri nampak nurse dtg bwk anak tu terus bgtahu nak pegang baby. direct bf je tak payah fikir ada susu ke takde. nanti naik wad bf lg. sejam sekali or 2jam sekali 24jam tau bkn siang sahaja (so dr risau fikir baik nikmati tidur mlm yg panjang puas2 dulu sbb nanti dh tk dapat🤣🤣🤣🤣)
Thank youuuu tipsnyaaa😆
terus bf ank lps bersalin nanti.susu bkn akn keluar memncut ye awl² tu sbb perut bby kecik je...dia perlukan sket je susu utk buat dia kenyang.cuma bby akn kerap nk susu sbb susu ibu mudah hadam jika ni ank pertama blh minta tlg nurse ajarkan lekapan yg betul sbb nurse pon faham awk blm tau.kalau mcm sy slalu nurse biar je😅😅sbb ank dah ramai.
Baikk nnt sy cuba , anak 1st xmenjdi direct feed sy nak cuba utk anak kdua🥹
Ya terus bf.. lpas bersalin tu lpas nurse bersih2kn baby sy terus bgi susu.. awal2 ni sbaiknya bgi mnyusu skerap mungkin, sy for newborn every 30min-1jam bf Klu x tau cara bf tnya nurse jgn malu, sbb lekapan mulut baby ke aerola kna btl, klu x nti susu ssh nak kluar. & mindset kna postive, klu mmg nak bf insyaallah boleh. Bykkn mnum air bila bf
Tqq ya tipsnya , sy cuba nnti🥹
sya lepas jee bersalin nurse ajar mcm mna nak breastfeeding baby ... lps tu suruh je breastfeed baby smpai lah dia sndiri stop tido ... nngis tuu breastfeed balik mcm tu je tapi mula2 mmg susu xkluar baby akan hisap2 bru akan kluar .. sya prnh smpai darah baby hisap tapi Alhamdulilah kluar jgk susu utk baby ...
Alhamdulilah, moga2 sy mcm puan juga tak give up🥹
Anonymous