Nak tanya, siapa yang pernah kena yang sama? Saya puasa bermula 12 malam, minum air gula pukul 8.40 dan ambik darah semula pada pukul 10.40. Result untuk sebelum minum air gula 4.8, selepas minum air gula 3.6. Nurse dan doktor di KK tanya saya ada minum air atau muntah tak, tapi saya memang tak muntah. Rasa macam nak muntah awal2 masa minum tu je ada.