Nak tanya normal ke perut makin buncit dan besar berbanding sebelum pregnant ni padahal baru 5 minggu 5 hari. Lagi lagi selepas makan. Belum pergi check doktor sebab baca orang kata awal lagi kena tunggu 6/7/8 minggu. Seluar yg sebelum ni pakai paling longgar pun dah ketat betul dekat perut. Sebelum pregnant, kalau seluar tu ketat, waktu nak zip tu saya biasanya kempiskan perut tapi kalini kempiskan perut pun perut bahagian bawah tu takleh kempis taktahu kenapa. Is it normal? Nak kena beli seluar baru. Ada ke yg macam saya masih awal tapi dah nampak perut? Tapi timbang berat macam takdelah banyak sangat naik dari timbang sebelum ni.
Anonymous