Berpantang

Nak tanya mommy mommy yang berpantang tu semua jaga tak makan sampai 44hari, sya baru 20hari rasa craving macam macam dah makanan. 😅

20 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya tak pantang pun. Saya czer kena tahan wad 8 hari. Makan makanan yg hosp bagi, makanan diaorg pn makanan biasa je harian kita makan. So balik hosp pun saya dah singgah kedai tomyam. Makan je apa nak makan asalkan makanan tu berkhasiat utk awak dan takde alahan pada maknan. Saya czer tp saya makan telur alhamdulillah takde apa juga and takde pn bernanah atau luka lambat sembuh. sebab sebelum tu saya dah tanya doc dulu tentang penjagaan luka czer. Doc pun kata telur boleh makan sebab sumber protein. Boleh follow doc imelda balchin. Dia banyak bagitahu tentang fakta dan mitos pantang orang dulu dulu.

Đọc thêm
1y trước

Gelembung bulat berair ke tak? Kalau tak berair itu mungkin macam keloid mcm lebihan kulit, saya ada sikit bahagian hujung2 jahitan. Tapi saya rasa saya punya mgkin diaorg jahit tak berapa cantik. Saya berjahit, setengah orang ada yg kena jenis stepler. Tapi lama lama dia tak timbul sangat macam masa baru jahit. Skrg pun dah kurang. Dia tak hilang cuma ok la sikit rupanya 😅

saya pon czer tapi memang jaga makan, pendapat saya better jaga makan, sbb nak bgi luka cepat sembuh dan badan lebih sihat. sbb masa berpantang tu la kita akan rasa penat dan stress untuk jaga baby. tak tido malam. kalau badan sakit2 mcm mana nak jaga anak. anak pulak menyusu badan, jdi sya memang jaga makan, risau anak kembung. suami pulak tiada di sisi, bz kerja. so memang siang malam saya yg jaga baby dengan support dri mak ayah saya. craving tu memang ada, tpi saya pikir anak dlu. n saya berpantang 30 hari dengan jaga makan, berat saya turun 11.4 kg dan sekarang ni tak tau berapa dah berat sbb tak timbang lgi. dan saya dah bebas dri berpantang 44 hari ☺️.

Đọc thêm
1y trước

Nak pantang better pantang seumur hidup. Bkn cuma 44 hari. Doc pakar kata elak makan makanan yg blh mnyebabkan angin pada bayi antaranya kurangkan halia dan bawang putih. Jika ibu rasa tak seronok berpantang sampai tak dpt makan apa dia nak. Dia akan stress susu akan kurang. Jadi buat lah apa yg membahagiakan ibu and baby.

Baby kembung blh disebabkan sistem penghadaman dia belum siap sepenuhnya. Dan udara juga boleh masuk melalui mulut. Contohnya seperti baby salah latch pada puting si ibu yg boleh menyebabkan udara masuk melalui mulut. Juga ketika bayi menangis banyak. Gas akan terkumpul. Sebabtulah skrg siap ada kelas utk cara penyusuan bayi. Sendawakan baby selalu. Buat senaman bayi utk keluarkan gas terkumpul dalam perut. Mommy makan jela apa nak makan. Buatlah apa yg mommy rasa happy and jangan stress sebab kalau stress susu pun blh kurang. Bila stress pun risau ganggu emosi dan bayi pn kena tempias marah kita. 🤍

Đọc thêm

Nafsu tu 😃 saya tak berpantang sangat pun. Kalau orang kata czer tak boleh makan ayam, hari yang sama czer tu saya dh makan ayam. Waktu pantang, ayam goreng ikan goreng semua saya makan. Apa yang sis dah biasa makan selama ni, takde apa2 alergik ke, boleh je sis makan. Takde istilah pantang2 pun. Cuma jaga makan sikit untuk baby je. Baby susu badan kan. Kalau boleh pedas2 sangat tu jangan lah. Atau pun apa2 makanan yang boleh buat baby kembung ☺️

Đọc thêm
Thành viên VIP

Lain org badan lain2.. Ade org mkn mcm2 okey Ade org langgar pantang sikit badan dah sakit2 Ade org mkn mcm2 badan ok tapi baby jadi kembung perut and allergic.. Kalau awk nak sangat makan cuba mkn sikit je dulu.. Kala mkn dlm 1 hari xjadi apa okey boleh mkn lagi.. Tapi kalau lepas mkn sakit2 badan baby meragam.. Baik sabar and habiskan pantang dulu..

Đọc thêm

makan aje lah..makan je mana yg boleh makan, semua pun kena try & error.. mcm saya takleh minum susu agak2 kalau saya kata semua org lepas bersalin jangan minum susu masa baru bersalin nanti muntah2 sakit perut, ada org nk ikut tak? bagi saya apalah makan itu ini tak boleh, kawal kemain 44 hari, pastu hari ke 45 makan ikut suka.. apo

Đọc thêm

Macam ni sis. Selagi awak takde alergik on certain food. Awak boleh makan apa sahaja yang awak nak makan. 😊 Yang penting, diet pemakanan tu kena seimbang (ikut piramid makan) untuk membantu recovery process kita.

makanan sy depends kuning anak sy macamana... sebab bf kan... tp ais tu x sentuh la.. husband bg minum air manis cuma no ais ja. yg penting kt sy tungku & berurut.. sy pantang mixed moden & traditional.. ikut kesempatan sebab pantang husband yg jaga

tiada mslh nk mkn.. mkn jela.. ckit2 dulu.. try n error rasa oke teruskan.. kekuatan badan kita x sama.. sy dulu berpantang sbb niat nk diet turunkan blk berat badan.. alhamdulilah sy istiqomah sngguh kmbli slim mcm zmn anak dara blk 🤣

cuma mkn makanan berkhasiat yg selagi x allergic dgn sy je.. makanan yg sy allergic mmg x mkn.. air ais hari ketiga balik dri hospital pun dh minum.. sy bnyk ikut dr imelda je.. Alhamdulillah semua ok