Boleh ke baby 2bulan diberi minum air zam zam

Nak tanya ibu2. Baby baru 2 bulan boleh ke diberi minum air zamzam? Mak mertua yang bagi. Tak boleh nak halang dah nanti jadi gaduh pulak. Boleh ke tak ye? Saya risau kalau jadi apa2. #advicepls #firstbaby #firstmom #ingintahu #pleasehelp Untuk yang reply dengan anonymous, saya tak boleh nak halang tu bukan bermaksud saya tak halang langsung yea. Saya dan suami dah halang dan dah nak ambil baby dari pangkuan mertua untuk tak bagi jadi gaduh dan tak nak diberi air zamzam tapi tak sempat lagi nak diambil baby dah diberi terus air zamzam

22 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Ikut pandangan masing masing..sewaktu anak saya kena kuning, saya mmg menyusu pun tp doktor swasta kepakaran minta saya beri air tambah glukose vitamin D yg tiada flavor tu dlm 1oz ke 2oz..saya beri dan anak saya pulih cepat sbb tiada dehydrated alhamdulillah..dan sejak itu saya beri susu ibu dan beri air masak kadang tambah glukosa juga..xde masalah tp ye kalau susu ibu kita mempunyai zat zat yg seimbang sbb kita mengambil makanan seimbang dan minuman yg secukupnye maka susu ibu dah mencukupi Ada yg beri air masak susu formula pun Wanita zaman dulu memberi susu ibu practice air masak sedikit dan anak anak mereka masha allah sihat walafiat juga membesar.. Mcm anak sulung saya mmg saya tak beri sehingga bulan 6 hanya pada susu ibu Tp anak kedua saya nie, saya beri susu ibu dan kuantiti sikit sangat saya galakkan juga minum air masak biasa..jdg tambah glukose sikit tanpa flavor. Alhamdulillah ok sbb pakar doctor yg benarkan. Air zam zam lbh bersih dari air masak, jika sedikit itu ok tiada masalah sbb air itu air mukjizat dari Allah juga

Đọc thêm
2y trước

Yer doc swasta check dan telah beri panduan yg serasi..alhamdulillah ok kini...

Untuk apa diberi air zam2? Itu soalan saya. Kena ingat sebelum jadi ibu, kena belajar dlu waktu tgh pregnant apa yg boleh apa yg tidak. Bukan jadi ibu ni stakat nak baby comel je. Dalam buku pink, saranan nurse n doctor pun da banyak kali pesan “Jangan diberi apa2 kepada anak selain susu ibu/FM sehingga umur anak 6bulan” Biar la bergaduh sekarang. Dari bergaduh kemudian bila awak yang menanggung nanti. Ini nasihat saya. Awak kata tak boleh nak halang. Tapi awak lupa pertahankan hak awak sebagai ibu.

Đọc thêm
2y trước

Kalau da TER tu , Takpa la. Anggap je tu pengajaran untuk alert dgn Org sekeliling.. awak pantau anak. Sbb Mungkin ada Org kata ok, sikit je. Sbb tu nak Org. Anak Dia,cara dia. Anak Dia Sakit,lantak Dia. Anak Kita, Kita xtau apa jadi. Saya ckp mcm ni Sbb saya ada pengalaman mertua titik susu kambing fresh Dlm mulut Anak saya untuk hilang kan kuning masa saya tgh mandi. Elok kuning Anak saya 189, ptg terus demam teruk check darah kuning naik 400 . Saya hampir hilang anak yg Baru berapa hari lahir. Sakit bersalin pun xhilang Selepas tu, saya Mmg xbg sape2 jaga Anak saya. Serik. Trauma. Untuk suami pulak, Sbb Itu Ibu Dia. Saya trus terang dgn suami untuk Tegur Ibu Dia, xkesah la Ibu Dia ada 6org Anak, berpengalaman. Tapi untuk jaga anak,didik,cukup kami berdua.. Kalau saya tegur Mmg boleh berperang besar.

Well.... What to do. Benda dah jadi. Baby awak pun dah minum air zam zam tu. Just pantau die saja lah. Next, kalau MIL nk sumbat makanan/ nestum ke apa ke, awak akan bagi juga ke? Awak akan merelakan sbb x nk bergaduh dgn MIL? Please stand up & protect ur own baby sbb itu amanah awak & suami, kalau terpaksa bergaduh bermasam muka dgn MIL pasal nie, bergaduh lah. Untuk kebaikan anak awak juga. Anyways, its up to u. Tp baby bwh 6 bulan x boleh diberi apa2 melainkan susu formula @ susu ibu. Nurse KK pun akan bgtau siap2 bila check up anak.

Đọc thêm

Bab mertua dan ipar duai ni bukan kita boleh kata lebih2. Bila gaduh nanti, alasannya berkait zaman dlu, kita ni lemah laa apa la. Sy faham perasaan sis. Sbb dh tengok ramai yg mcm tu. Benda dh jadi, dan bila dh tahu mertua atau sape2 jenis mcm ni, kena pantai lebih laa bila baby kita ada dgn dia. Bgi je alasan apa2 utk next time kalau them cuba dekat2 dgn baby kita. Doakan ya moga anak sis baik2 sahaja. Ramai yg cakap stands for our right. Ya betul, tp bila melibatkan ipar dan mentua jenis bangang ni mcm tu lah hhahahaha

Đọc thêm
2y trước

Setuju. Saya pun tak faham selalu dalam konteks melawat baby baru lahir, mertua dgn ipar yg selalu over action sangat. Rasa diorang la terpaling educated la apa la. Sakit hati dengan spesies camni

bby bwh 6bulan xboleh bagi mnum selain dri susu ibu atau susu formula. kalau anak tu nnti jadi ape2 yg effect dkt awk. bukan mak mertua. anak awk sakit, awk yg kena jaga siang mlm. mak mertua lps tgn jee. nnti die ckp je anak awk tu yg lemah la ngda2 la sbb die bagi dkt anak die dulu ok je. so jgn la bagii ape selain susu bwh dri 6bulan. so tolong tegas dkt sini. jgn tgl anak sendiri dgn mak mertua.

Đọc thêm

ikot pada pandangan masing².. tapi saya pernah tanya doktar pasal air ni n doktar kata untuk baby yg minum susu fm digalakkan minum air mineral supaya proses usus nye lancar.. sbb fm dgn susu ibu x sama.. bagi baby minum dalam kuantiti sedikit tidak menjejas kan apa².. ni ap yg doktar kata pada saya.. yg selebihnye boleh ikot pada pandangan masing².. 😊

Đọc thêm

sy dlu baby pun bg je sikit2 air masak Dan zamzam tpi kuantiti yg sedikit. lgipun air zamzam air yg terbaik di muka bumi. mgkin ikut pandang masing2. tpi klu takat setitik Dua oklah kot.

Mak saya sendiri pernah suggest bagi air putih dekat baby. Tapi mmg saya bertegas tak nak bagi. Saya jelaskan pada mak, apa yang dr dan nurse dah pesan. Jadi, kalau mak mertua saya cuba2 nak buat benda yg sama pun, saya akan bertegas.

2y trước

Susah kadang bila mereka ikut kata2 orang dulu dulu yang tak berlandaskan fakta. Yg ada fakta ada kajian taknak ikut, yg org cakap guna mulut je ntah apa jadi lepas tu yg tu jugak di ikutnya, pelik kdg mindset orang dulu2 ni, saya pun bergaduh dgn mak saya sendiri dan nenek saya, ada ke patut dia suruh saya bagi anak saya susu pekat bancuh dgn air sbb kata susu badan saya tak bagus sbb tu anak saya asik berak / dan berak cair, sedangkan anak saya full breastfeed takde campur apa2, merapu kadang sampai husband saya tak tahan ajak saya ikut dia ke kampung mak nya buat sementara waktu

annoyingnya, tanya lah doctor and tu anak you so dah kenapa orang lain nak sibuk ye? Stand up for your rights. Gaduh pun gaduh lah kalau nak jaga kesihatan anak sendiri. Nanti if ada apa2 jadi bukan dorang yg susah pun

Hi sis, kalau benda dah jadi tak boleh nak buat apa dah. Sekarang ni sis pantau je baby takut jadi apa-apa. After this, sis dgn husband kena keras sikit dgn MIL ya. Harap baby ok ☺️