morning sickness

nak tanya ada apa apa suggestion makanan tak untuk kurangkan mual muntah ni? saya tkboleh makan apa apa asyik muntah balik je. lapar tapi takboleh makan ni seksa😭 penat dah hm nak makan asam takut gastrik pula asyik dok berair mulut & pahit mulut je ni #firsttimemom #SeriusTanya

15 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

setiap org mulut dia berbeza time pregnant. even awak sendiri pon mknn yg boleh telan time pregnant n xpregnant tu berbeza. alahan ni xboleh buat apa, nt lali sendiri. makanan awak kna test sendiri apa yg sesuai utk awak. mcm saya 1st tri cuma boleh mkn roti ngan biskut. tp tu pon still muntah jugak cuma muntah sikit la dr muntah byk. mknn asal ada rasa rempah, bwg xboleh telan langsung. mak sy masakkan bubur kosong tumis ngan bwg putih sikit pon muntah blk. mknn masam sy mmg auto muntah. awak cuba dulu mknn yg xbrmpah sgt.. yg rasa plain2 gitu je.

Đọc thêm

jangan bagi perut kosong, minum & sarapan pagi, makan kekacang pistachio almond, bubur paling senang. tengahari makan makanan yang plain macam bubur ikan bilis goreng, ikan goreng, sayur masak air. kadang ada yang takboleh terima lauk bersantan @ tumis & ayam. petang snacking buah, selalu standby buah kalau rasa nak lapar makan epal sebiji @ jambu batu. dinner repeat yang lunch tadi.

Đọc thêm

Nak taknak kena try juga tukar2 menu makanan .cuba masak lauk yg lain selain dari lauk yg awak masak dlu .or masak sayur berkuah & sambal belacan .sambal belacan buat extra masam .kalau tak okay, esoknya buat lauk lain pula .kalau mcm saya utk 1st trimester mmg akan hari2 makan luar .sbb tak lalu makanan dirumah 😭

Đọc thêm

try mkn buah bikai letak garam sikit, buah jambu pink guava, buah delima, buah naga, epal, oren sunquick.. mkn sikit2 tp kerap.. lps muntah tu rest jap.. ambik oksigen hirup udara segar.. if betol2 x larat tido je restkn diri.. dgr music or selawat.. mintak doa ibu.. moga siss dipermudahkn segala urusan

Đọc thêm

Hi samalah kita. Tpi pagi2 bgn tu jgn bg perut kosng. Terus minum vico/apa2 susu suam dgnn biskut kering. Lps tu lunch mkn yg simple2 je mcm roti kosong ke, nasi dgn ikan goreng. Mkn sikit2. Tpi kerap. Ptg kunyah buah2 yg plain juga mcm jambu, pisang. Mlm sy mkn pasta/bubur kosong je. Hrp membantu

Influencer của TAP

Kena try & error. Mcm saya sesuai masam2 dan kering2; Epal hijau. Mangga Maruku. Ikan goreng kunyit. Ayam goreng kunyit.. Sayur salad. Nasi 5 suap je. Air kosong 3 teguk setiap kali minum. At least dpt 1 liter sehari pun OK. Tak nak kuah2. Manis2 , sambal, saya mual samada tengok atau bau.

Đọc thêm

kdg2 perut kosong pun bole jd punca mulut pahit n mual2 tu..try mkn nasi yg panas2..mknan yg lembut mcm bubur panas2..tp mkn jgn byk..perut penuh sgt pun bole mengundang nak muntah...xpe,,tu la ujian mengandung,,asalkan kandungan sihat n selamat

Awak kena juga push diri utk mkn demi baby. Cuma fikirkan apa yg awak lalu makan? Mcm saya benda masam2 macam laksa, buah kiwi/oren saya boleh telan lagi so saya makan jela tu 😅 nasi ape semua mmg rasa loya tengok. Dessert2 lagi lah tak lalu.

Amalkn makn buah sis,elakn cium makanan yg berbau mengundang mual,kurangkn makan masam,makanan yang macam boleh menyebabkan pedih hulu hati,mcm saya☹️sakit sangt sampai tk boleh telan makanan langsong.boleh try nestum dngn susu sis

Waktu saya dulu. Buah tembikai je boleh masuk. Kalau rasa terlalu lembik, saya minum air kelapa. Bangun pagi memang saya akan paksa makan biskut untuk elakkan masuk angin. Itu jelah tips saya. 2 kali drip air