Baru ni i dah call spectra tanya:
1. klo xde resit, warranty card ada lagi boleh guna x?
Boleh. Warranty 2 tahun. If puan purchase nov/dec 2021. Ada lagi 1 tahun.
2. Klo inspect & quote terus kena bayar ke?
Tak. Kena tinggalkan dulu breastpump utk technician inspect. within 7w/d spectra akan call utk inform spare part apa yg perlu ditukar jika ada. Setuju baru bayar.
Klo masih ada warranty, boleh buat claim guna warranty & hanya boleh claim utk kerosakan yg bukan disebabkan terkena susu/air.
3. Dekat mana lagi boleh servis breastpump spectra?
Dkt HQ spectra service subang jaya only. If puan duduk negeri lain boleh poskan dkt HQ.
4. Tgk bukak off hour je. Boleh ke wakilkan runner utk hantar service? Nak butiran apa je.
Boleh. Bagi bagi butiran nama & phone no. Sama juga waktu pickup. Since puan kate warranty card tu hanya ada cop. Lengkapkan details juga dekat warranty card mcm nama, date of purchase, serial num (tgk blkg mesin) etc.