upacara pelepas pantang 44 hari
Mummy2 semua...nak tanya perlu ke buat pelepas selepas berpantang selama 44 hari seperti yang dilakukan oleh mak2 kita zaman dahulu...mummy semua ada tak yang buat mcm tu?
ni kebiasaan orang kelantan.. semasa mengandung pon ade melenggang perut dan solat hajat. bertujuan untuk membetul kedudukan bayi dalam perut dan supaya urusan bersalin dipermudah. pelepas ni dibuat selepas habis pantang bertujuan untuk mematikan uri dan membetul kedudukan rahim.setahu saya la...
Takperlu. Cuma adat je. Macam mak saya biasa dia nak buat kenduri doa selamat, masa tu nak buat cukur jambul, ade buat bubur cukur jambul. Semua hajat dia la. Ada duit lebih boleh terus buat akikah.
Rasanya xperlu sbb xpernah dgr plak ada upacara tu lagipun nanti org ramai datang nk tgk ngan cium2 baby. Baby blom ckup kuat nk ada di kelompok org ramai2 tu nnt sng jatuh sakit.
Pelepas pantang ni ikut adat sesuatu tempat/keturunan kot. Mcm keluarga sy, just urutan dan mandian lepas bersalin je. Lepas tu kalau nak buat majlis pun, doa selamat je lah.
Tak pernah dengar. Kalau setakat kenduri nak jamu orang makan tu takde masalah sangat. Tapi kalau setakat nak ikut adat, fikir juga. 😅
Buat doa slmt bgus juga sbb alhamdulillah smuanya dpermudahkn slmt bersalin,dh slmt berpantang..
kalau parents yg nak buat sgt . buat jela . to pastikan duit dorg kuar🤣🤣 kita taknak
Saya buat... Bkn upacara pn, just biasa2 je.. Buat masa hari pantang ke 39.
Adat sahaja..tpi jika parents jdikan mjlis doa selamat n qiqah x salah sis
X pernah dgr pn.. pelepas mcm mana tu awak.. blh cerita x