18 Các câu trả lời
Uish sedap sis.. Manis sangat! Terlampau Manis.. adeh... Cola lagi sedap walaupun Manis... Air gula ni Manis dia buat Rasa mual. Saya baru je kene repeat minum Hari khamis ni tadi sebab Hari selasa Tu saya termuntah.. bayangkan 15 Minit lagi nak ambik second blood tapi tetiba termuntah pulak.. Lepas minum Tu terasa pening then mual2. Repeat Kali kedua Tu, lps minum saya balik rumah, baring2 sebab Rasa nak pitam. Rasa mual jgn kata la, teruk gila. Tapi alhamdulillah, second try Tu success atas nasihat para mummy2 kat sini. Lepas minum air gula saya kumur2 bagi hilang Rasa gula kat mulut then balik rumah terus baring, pejam2 Mata. Nasib rumah dekat... And good luck dekat sis, hope semua berjalan lancar ye!
Sekadar perkongsian Masa nak minum air gula kat KK tertanya kawan2 mcm mana rasa air gula kat KK, diorang kata manis dan likat.. Kena minum sekali teguk jer.. Kalau tak memang tak leh telan da.. Saya ni jenis cepat muntah Jadi kawan ada suggest beli air gula dari farmasi yang perisa oren ni Dia punya rasa macam air oren mirinda ( saya sejukkan dalam peti before bawak pegi KK). Alhamdulillah boleh minum dengan jayanyaa. Harga saya dpt dalam Rm20
Hi... Air gula tu manis sgt....kita akan puasa sblh mlm...pagi ambil darah lps tu minum air gula....tunggu 2jam ambil darah semula.... Jgn muntah....nnt sia2 ambil darah kena repeat semula... Sblm puasa mlm tu....blend epal hijau sebiji&minum.. Kalau muntah air gula tu x bermaksud kandungan gula dlm badan tinggi ye....
Ok thanks
Sy dua kali minum air gula.. Awal mengandung dan 7 bulan kandungan... Air gula tu elok kalo dpt yg suam.. Kalau dia sejok.. Dia akan terasa telebih manis dah menyakitkan tekak.. Elok minum sekali hadap.. Sebb kalo minum sikit2.. Satg xmampu nak telan.. Minum sekali hadap tu.. Hati2 la ye.m satg tecekik plak
Masa sy minum air gula (perisa orange) , sy kena selsema jd tekak xde rasa ape pun. Mcm minum air sejuk biasa. Sy ambik yg sejuk sbb tekak haus sgt masa tu. Lps minum air gula rasa sakit perut, maknanya mmg manis lah air tu. Lps tu dah dekat2 nk 2 jam tu mmg pening sikit sbb lapar.
Rse dia mcm air yg manis sngt x ad ap2 pn biasa je don't worry ok.tp lpas telan sy tarik nfs tenang kn diri.sapu minyak angin kt kepala dgn tngkuk .bacaan gula tnggi atau x lpas awk dpt tahu result dari nurse sy dpt tahu result dlm mase 4 hari mcm tu..
Sy x tau rasa sedap ke tak sebab haus sgt teguk sekali jalan 😂.. lepas minum sendawa pupak 🤣.. yg seksanya menunggu 2 jam lagi nak ambik darah. Masa tu dah rasa pening2. Nasib baik ada minyak angin bawa siap sapu kat tepi kepala.
Msa preggy penah 2x je minum air gula yg perisa oren ni. Wpon org ckp rasa dia better dr yg xde perisa, still saya rasa perit tekak bila masuk mulut. Mcm minum kordial yg belum letak air tu.. Manis dan perit..
Rasa manis tu mmg peritkan tekak, time sy minum sy set kan jgn muntah je sbb bila muntah nnti kena repeat lgi biar seksa sekali dari dua kali telan je walau rase nak muntah..good luck yer
kalau kita muntah time minum air gula tu bukan ada masalah ke apa ke tp kena repeat minum balik. cara nak minum, awak kena minum sekali gus jangan stop2.
Ok2..tq for tips
Mama Za