6 Các câu trả lời

TapFluencer

Cara puan ni kurang betul. Nak susukan bayi, bg direct feeding dari dada je. Anak newborn, better direct feeding dulu. Jika pam dulu, tu yg puan rasa susu kurang, lg pun, keperluan susu newborn sikit je sekali penyusuan. 20 ml dah banyak tu. Puan kena ambil tahu tentang penyusuan ibu drpd medsos kaunselor penyusuan bertauliah. Dapatkan bimbingan penyusuan susu ibu dgn kaunselor penyusuan bertauliah berdekatan puan. Tanya nurse di KK pun boleh. Nurse akan ajar cara menyusu dgn betul. Tips susu sentiasa ada; Pastikan lekapan mulut anak di areola. Kerap buat skin to skin bonding dgn anak penuh kasih sayang. Kerapkan penyusuan 3 jam sekali. Kejut anak kalau anak tidur utk susu.

Mommy, Baby pun baru 12 hari. Mmg NORMAL susu dihasilkan begitu sebab ikut keperluan dan size perut baby. Kalau bagi direct pun baby tahu berapa banyak yg dia perlu dan akan stop sendiri bila kenyang. Mohon lebih banyakkan pembacaan tentang penyusuan dan susu dihasilkan selepas dari bersalin. Ada banyak ilmu free di google dan dari kaunselor penyusuan di fb, tt dan sebagainya. Kalau baby baru 12 hari tapi hasilkan susu yg banyak, boleh menyebabkan bengkak susu sebab terhasil berlebihan dari keperluan baby.

Cukup puan untuk baby. Jangan bandingkan sangat diri puan dengan mommies di luar sana yang mampu hasilkan ber’oz’ susu sekali pam. Saya nasihatkan puan direct feed saja dulu dan pastikan lekapan betul ya. Puan kena usaha top up ilmu pasal penyusuan lagi… inshaallah susu badan cukup untuk anak puan. Jgn stress nanti susu badan tak keluar😊

Awal lahir perut baby x besar , 20mls tu insyaAllah ckup utk baby..syarat nk bykkn susu, kene kerap bg baby menyusu badan atau ikut baby on demand..ble banyak bagi direct feed insyaAllah susu bdn pon akn bertmbh

20ml byk la kan? ke 2 ml? sy blm myusukan anak lg..melalui pmbacaan..if df, kalau baby dh kenyang dia akan lpskan puting

Biasa and normal je tu. Bby pun baru 12hari. Perut nya sekecil mak ceri je.. Susu akan ikit keperluan dia je..

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan