Tak semestinya autism..
Klinik dah rujuk puan ke pakar Kanak-Kanak ke?
Dlm masa tu, puan dan suami usaha lah bermain, bonding dgn anak, bawa anak keluar bersosial kenal alam, berbual dgn anak, makan bersama anak, baca Buku untuk anak, mengaji dgn anak. Solat jemaah, bentangkan sejadah untuk dia.
Kena ada masa berkualiti dgn anak.
Kurangkan atau elakkan terus screen time bagi anak. Bila umur dia 2 tahun, baru kenalkan screen pada anak. Sy tak mampu buat ni. Mampu buat hingga 1 tahun 7 bulan sbb asalnya nak cari lagu2 untuk anak sbb saya bukan lah hafal lagu anak2. 😂Hah, langsung dia tertarik dgn Durioo+, Omar Hana, Alif Anis dan Didi & Friends. Tapi kita kena kawal, jangan bagi dia tahu klik itu ini kat screen. Jangan beli gadget untuk anak buat masa ni.
Belajar cara asuh dan didik anak dgn baik. U can do it!
Nuur I M H