31 Các câu trả lời
Tips minum air gula: 1. Awak perlu berpuasa dari jam 10 malam hingga paginya. Hanya dibenarkan minum air masak sahaja. Ibu dinasihatkan kawal pengambilan gula, karbo. Supaya tahap gula rendah jadi tak sangkut GDM. Ibu juga dinasihatkan banyak minum air masak agar gula dlm darah stable. 2. Awak perlu dtg ke KK awal pagi. Sebab kalau dtg awal pagi, biasanya air gula tu baru je dibancuh. Jadi masih suam² dan mudah untuk ditelan dan rasa gula tak terlampau mengganggu tekak. 3. Tarik nafas dalam-dalam, fikiran mesti positif jangan fikir akan muntah. Fikir awak tengah haus jadi minum laju. Macam awak haus. 4. Lepas je minum air gula, cepat2 kumur mulut supaya rasa pekat air gula tu tak ganggu lidah dan buatkan rasa loya. 5. Rehatkan diri daripada buat apa² atau berpeluh. Sebab pergerakan badan juga boleh mempengaruhi bacaan pada darah kedua yang diambil setelah tunggu 2 jam. Ni nurse KK sy bagi tips. Kalau nak balik rumah dalam masa menunggu 2 jam tu, baring je jangan buat apa-apa. 5. Jangan lupa bawa minyak angin. Sebab minyak angin ni membantu kawal rasa loya.
lain org lain rasa kan,sy ritu xdan 10 mnt muntah hbs,pastu repeat khamis lps hmpir muntah gak tp cpt2 ttp mlt trus tp terkeluar jugak ckit, trus amik air msk minum steguk,sbb mmg manis sgt, jns mmg xsuke manis, kat kedai pom kalu air manis sy xminum rela p rembat air ank @ somi...lps tu tnye nurse valid x, sbb nk hbs kn baki air gula,nurses ckp minum je lah xkit lg kan. alhamdulillah nsb nurse fhm sbb kita dlm fasa mabuk lg 15w.hrp keputusan minggu dpn ok lah.xde call pom
sy minum air gula xd rasa apa. sbb kelaparan kne puasa dri malam kan. 😆 bila dpt minum air gula ni, kenyang lain mcm . ada org dia minum laju2 skali teguk. mcm sy try buat sekali teguk. xdpt. kne minum slow2. tp paling penting kne minum time suam. kalau boleh biar kita jd org pertama yg minum air gula. sbb air gula tengh suam2 lgi. dtg kk awal2 pagi.
nak tnya, start minum air gula berpa bulan ya kandungan?
sy mnum one shoot aje...kalau boleh jgn set mind mnum air gula tu mcm xbest..sy mnum xdela teruk sgt rasa die...tp lepas mnum rasa pening2...awal sgt mnum air gula tu..sy sebelom mnum air gula misi tya dlu sy masih alahan ke..masa dh kurg alahan bru misi suh mnum air gula..mgkin depend kat misi kk masing2 kot...good luck ye sis
alhamdulillah saya minum okay je, memula pcyho juga sebab orang kata susah nak telan lah , manis sangat lah , loya lah , nanti pening lah. tapi bila saya minum okay je rasa dia, siap senyum² lepas minum sebab tak mcm yg saya bayangkan . sebab dia guna glucose bkn gula pasir. so jgn risau. mindset kita tu penting
pengalaman yang sma mcm sis ni👍🥰
sy xde sejarah family kencing manis..tapi 6week dah minum air gule, HAHAHAHA, terkejut beruk mase tu..tips yg sy boleh bg ialah, minum santai2..jngn fikir nak cepat habis, jangan fikir 'air gule'..lepas minum, terus bau minyak angin n jangan jalan2 sngt..sbb lepas minum tu sy jd pening, jd bile jalan rase nak mutohhh
tak lah..berat sy tak naik pon..turun 5 kilo ade laa..hahaha, xpee..minum selawat dulu, doa2 biar tak muntah..😂😂
hi smua, sy yg post nie..alhamdulillah so far air gula tk rasa teruk pn..sy dpt perisa oren kt klinik KK.. Mnum msa suam..rse mcm air gas pn ad..cuma sy ad alahan kuat..jdi nk tahan tu susah..sy pakai mnyak angin Banyak2 hehe..dn kuar hirup angin segar..lps ambil drh kali kedua..bru sy muntah smua haha
mcm kes sy jg nie.. awal preggy br nak buka buku nerah da kene mnm air gula.. sebab sy da 4 siri.. jgn tgk kalau puan yg 3 siri ke bawah... history fmly memang ada diabetes.. anak 123 memang ade suga.. tp. cntrl diet... cuma preggy ank bongsu nie.. dugaan memang hebat.. alhamdulillah ada hikmah na
hi sis.. minggu depan sy minum air gula utk kali kedua sbb bacaan bmi xcntik. 1st time minum hari tu, jgn pikir apa2 just minum sja. dan lepas minum cpt2 cari tmpt utk baring sbb setengah jam kmudian confirm akan rasa pening dan mual.
puasa dari malam sebab esoknya bila dahaga auto jadi senang minum. bagi saya la. dah lepas ambil darah dapat segelas air gula tu duduk tenang tenang, baca doa, pejam mata terus minum senafas sampai habis jangan fikir apa.
ya 2 jam selepas minum air gula nurse akan panggil nama untuk ambil darah kali kedua.
Anonymous