45 Các câu trả lời
JANGAN MINUM AIR SELUSUH KALAU XNK MATI ….. Laluan bawah tu belom bukak …. air tu dh paksa Baby tu utk trun …. Boleh bayangkan x …. Laluan tu 1 cm lepstu paksa kepala baby kluar …. X ke mampos nanti
biasa doc and nurse akan cakap awal awal jangan nak minum minum air selusuh. cakap kat mil and husband awak jangan nak pandai pandai nanti yg tanggung sakit awak bukan diorg
ya..saya first born minum air zam zam..sbb xtau..lps induce terus minum..nah sakit dia Allah je tahu..non stop .doc pelik.nurse tye ade minum air pape ke sy kate air zam zam. kecoh dari wad sampai ke labour room air zam zam🤣
hesh diorg tu ada pentauliahan ke dalam benda ni? kalau lambat bersalin pun pandai le karang doktor kt hospital tu buat keje. jangan mandai2.. karang melayang nyawa anak tu. silap2 maknya sekali menempah jalan karang
Tolong jangan minum air selusuh ! Doktor boleh tahu kalau awak minum senyap senyap ke tak. Cakap MIL dan Mak tal boleh minum. Nanti melarattt percaya cakap saya berdasarkan pengalaman. Sayang lah diri sendiri dulu
iyee betul jgn minum air selusuh . bahaya kn diri dan baby . mak saya pernah minum air selusuh semasa nak lahir kan saya. lambat bukaan ,sakit bersalin tu lagi kuat sakitnye. so,sy saran kan jgn minum air selusuh
Nurse selalu pesan dekat sy jgn minum air selusuh selagi takdak bukaan , kalau nk minum pon tunggu bukaan dah 4 5 keatas . . Lebih baik awak jgn minum nti yg sakit awak bukannya mil n suami awak
Jangan minum air selusuh selagi bukaan x sampai 4cm ke atas. Rahim boleh pecah. Boleh membawa maut. Jika bukaan dah lebih 4cm boleh minta kebenaran doktor nurse pada masa tu.
baik makan nenas je sis,Sya 38 2 hari dah selamat bersalin semalam,, masa raya haji Sya mkn nenes DG durian, minium air selusuh takut jalan xbukan kontraksi kuat
Nak minum air selusuh bia lah bukaan dah 6cm ke atas time nak masuk labour room..kalau setakat 2 cm dah minum takut sis letih tahan sakit je bukaan takde..
Tanya dorang dulu mcm mana buat air selusih tu. Kalau ada campur herba2 bagai tu tak payah minum la. Kalau baca2 ayat quran tanpa campuran herba tu ok je
Anonymous