Tambah selera makan
Hi mommy ada tips atau boleh share susu/vitamin utk menambahkan selera anak? Anak sy mmg ada masa taknak makan atau makan sedikit tp sejak masuk 11bulan ni dia langsung taknak makan. Bila sy suap aje dia tolak dan pandang tempat lain, kalau berjaya suap pun 2 3 sudu dan selebihnya dia campak bawah. Sy buntu dh sbb anak kbb, last check up berat 6.8kg aje. Semua tips dan resepi sy dh bg sejak dia 7bln, jgn katakan keju itu ini semua dh bg. Makanan pun dh pelbagai, buntu dh. Kesian tgk badan dia halus sgt, susu pun kdg 4oz dia bertahan sampai 3 4 jam. Kalau bg selang 2jam dia tolak walaupun tak makan 🥲💪🏻 #firstmom #ingintahu #pleaseadvise #SeriusTanya