30 Các câu trả lời
betulkah pemakanan ibu mempengaruhi susu dan rasanya? cth, ibu x blh mkn pedas nanti baby sakit perut . dan kalau ibu makan sayur nanti baby suka makan sayur sbb susu tu ada rasa sayur
Hi Ms Gan, Kandungan sy masih awal dalam 7 minggu & ada rasa loya. Jika sy puasa, adakah ada kesan pada kandungan sy? Pada usia kandungan berapa minggu digalakkan untuk berpuasa?
Rasa loya dengan muntah yang berterusan, menyebabkan kehilangan cecair. Jika memilih untuk berpuasa, ada risiko dehidrasi yang teruk. Selain itu, selera makan yang kurang juga mungkin menyebabkan pengambilan nutrien yang tidak mencukupi untuk ibu dan anak. Bincang dengan doktor tentang keadaan anda sebelum membuat keputusan sama ada untuk berpuasa.
hi Ms Gan.. saya nak tanya.. pemakanan apa yang boleh dimakan ketika puasa yang mudah kenyang Dan untuk menambahkan air susu pada badan ketika hamil..
Morning...usia anak masuk 5 bulan 2 mnggu.. Adakah susu badan akan berkurang seiring dgn usia anak.. Mcm2 cara cuba untuk tmbhkn kuantiti susu badan masa pump..tp still berkurang...apa yg perlu dilakukan utk tambah susu badan yer. tqvm..
Hi Ms Gan, Apakah cara terbaik untuk mengatasi gastrik untuk ibu hamil dan ingin mencuba untuk untuk berpuasa?
Pertama sekali, bincang dengan doktor tentang keadaan anda sebelum membuat keputusan sama ada untuk berpuasa. Masalah gastrik/ ketidakhadaman memang biasa berlaku di kalangan ibu hamil disebabkan perubahan hormon dan bayi memberikan tekanan secara fizikal kepada salur penghadaman ibu. Jika anda memilih untuk puasa, (1) Pastikan anda makan (jangan skip) pada waktu sahur dan iftar. (2) Makan dalam kuantiti yang sederhana sebab makan berlebihan boleh memburukkan lagi masalah gastrik. (3) Makan seimbang, elakkan atau kurangkan makanan yang pedas, berlemak, masam yang terlalu banyak (4) Kurangkan makanan/minuman manis (5) Elakkan atau kurangkan minuman berkafein seperti kopi/teh/chocolate
hi Ms gan, boleh kongsikan pemakanan apa yg sesuai Dan berkhasiat semasa sahur yg boleh memberi kita tenaga smasa berpuasa dan menyusu bayi? ❤️
❤️❤️ thanks for the sharing.... really appreciate it...❤️❤️
Hi Cik Gan Sin Yee, bagi yg mengalami alahan dan tiada selera makan, apakah contoh menu yg dapat membekalkan tenaga berterusan ketika berpuasa?
Pertama sekali, bincang dengan doktor tentang keadaan anda sebelum membuat keputusan sama ada untuk berpuasa. Semua nutrien yang diperlukan untuk ibu dan bayi boleh diperolehi daripada pengambilan makanan yang sihat dan seimbang. Makan pelbagai makanan padat nutrient (nutrient dense). Diet anda harus mengandungi: (1) Nasi, mee, roti, bijirin dan hasil bijirin dan ubi-ubian (2) Buah-buahan dan sayur- sayuran (3) Ikan, ayam, daging dan kekacang (4) Susu dan hasil tenusu Untuk membantu anda mengekalkan kenyang lebih lama, makan lebih banyak makanan kaya serat kerana serat makanan melambatkan proses penghadaman dan ini mengurangkan rasa lapar. Misalnya, roti wholemeal, oat, keledek dan multigrain. Makanan protein seperti daging, kekacang, telur, tempeh dapat juga membantu untuk memberi tenaga yang lebih mampan sepanjang hari. Selain itu, pastikan anda minum secukupnya sebelum dan selepas berbuka puasa. Minum antara 8-12 cawan air setiap hari. Elakkan minum kopi dan teh kerana kandu
Hi cik Gan nak tanya apa pemakanan utk pastikan air susu badan sntiasa ada ketika hamil pada msa yg sama ada ank yg masi mnyusu badn.. Tq
Pastikan pemakanan yang sihat dan seimbang. Diet harian anda harus mengandungi kumpulan makanan berikut untuk mendapatkan tenaga, protein, vitamin, mineral dan serat yang diperlukan: (1) Nasi, mee, roti, bijirin dan hasil bijirin dan ubi-ubian (2) Buah-buahan dan sayur- sayuran (3) Ikan, ayam, daging dan kekacang (4) Susu dan hasil tenusu
hai Ms Gan Sin Yee Bagaimana cara nak kekal kuantiti susu badan sepanjang bulan puasa dan elakkan daripada gastrik?
Terima kasih Ms Gan Sin Yee
Hi Miss Gan, Soalan saya apakah makanan ganti yg perlu dimakan sekiranya saya tidak ambil vitamin B complex?
Thank you Miss Gan. 👍
salam ms.gan...saya nak tanye macam mne kita nak kira pergerakan bby?start dari pukul brpe ye?
Gan SinYee