Keguguran Rambut
Hi mommies! Macam mana nak kurangkan keguguran rambut. Lately agak teruk dan sedih tengok banyak rambut gugur ? Before & selepas bersalin takda pun macam ni. Ada apa2 cara/tips untuk kurangkan keguguran? ? #baby3bulan28hari #sispening
Samalah kita sis. Rambut gugur. Saya siap cari shampoo untuk rambut gugur. Tapi gugur jugak 😂😅
Sma sis..bby pun da 3 bulan lbih. Rmbut mkin hari mkin byk ggur..last2 potong pndek😂
Sabar je la sis🤭, da pnat nak jga anak pastu pnat lgi nak urus rmbut yg ggur ni..tmbh stress kita..😂 kalau nak suami phm kondisi kita pun susa lgi sis
sama la . bila selak rambut guna jari , banyak sangat gugurnya . hm nak potong sayang
Hmm kann dilema la 😣
Saya pon banyak gugur . Tapi time 4 bulan keatas dah ok balik ..tak ade gugur dah..
Yeke?, hopefully saya pun jadi macam tu la. Tkmau la gugur berterusan mau botak kepala 😭
Normal lepas bersalin cuba cari supplement untuk kuatkan akar rambut
Pink lady beli kat farmasi ke
saya time prgnnt ni rambut bnyak gugur, husb yg rajin tolong vacum kn
Alhamdulillah husband tolong😇
Sama la dgn saya.asal sikat je rambut gugur
Hmm macam mana nak buat ni 😣
minum susu
susu apa pun takpe, susu sama je untuk tulang kita. saya lepas pantang minum susu kotak fresh milk 2 kali sehari.
Same here.
Excited to become a mum