35 Các câu trả lời

TapFluencer

Hi, anak saya hari kedua lahir dah kena tahan wad sebab jaundice tinggi. Kena tahan 4 hari. Masa dalam wad nurse suruh campur susu fm sebab kuning anak saya lambat turun. Saya tak sedap hati nak bagi tapi sebab nurse paksa saya turutkan jugak. Anak saya taknak minum so saya stop bagi. Lepas 4 hari kuning turun dari 256 ke 205 lepastu boleh discharge wad. Balik tu pergi kk check kuning tapi naik balik lepastu nurse kk suruh paksa anak minum fm. Balik tu saya bagi anak minum lepastu dia muntah2 memancut sampai lembik terus saya bawa ke emergency. Kesian anak saya sampai kejut pun tak bangun. Kena tahan wad lagi 4 hari sebab kuning makin tinggi. Saya stop terus bagi fm saya fully bf. Alhamdulillah kuning turun. Balik tu check kk kuning makin turun tapi sebab dia kuning lama so ambik darah untuk check hati. Alhamdulillah result okey so dia discharge jaundice hari ke 21. Nasihat saya ikut kata hati ibu. Memang bf kuning lambat turun tapi itu yang terbaik untuk baby kita. Semoga dipermudahkan urusan ibu2 semua.

Dri pgalaman sy, sy pantang makan y panas2 mcm halia, serai. sy bnyk minum susu kotak dn blend dgn buah kurma. Skrg2nya sehari kotak besar tu. Ank sy pn jaundice warded umur 5hari 400++, tiap sejam stgah sy susukan lbh kurang 15-20minit. xsmpai 12jam warded dh turun 200 ke bawah. Trus sy discharge. Jdi masalahny bukan pada susu ibu sy laa mksdny. Doc ckp, mngkin sbb darah sy 0+ dn bby ada g6pd. Truskn pnyusuan sj jika jaundice ank turun dalam 50. Kalau bacaan tmbah naik baru topup formula k…ank sy still bf skrg nk msuk 2thun.

Hi awak. Baby saya da 15hari, kena jaundis, setiap hari juga pg klinik cek jaundis. Penat hehe. Kena susukan baby setiap 2 jam, sampai termuntah2 baby saya overload. Naik turun naik turun bacaannya. Saya fully bf. Tapi akhirnya semalam saya topup fm frisolac satu sesi. N saya minum susu kambing segelas sehari start Semalam. Harini Alhamdulillahhh turun sikit dari semalam, so doc suruh datang Kk hari ke 21 nanti. . Harap2 berkekalan turun la. Insya allah

hi sis, sy 2hari lepas bersalin anak saya kuning tinggi.. Sampai kena masuk NICU, apa yg saya kaji, bila Anak saya minum susu saya, setiap kali check kuning mesti kuning dia naik, Lepas tu saya stop susukan anak kejap, Bagi dia FM terus turun sikit² kuningnya.. Dan skg dah takde kuning. saya continue balik menyusu.. Tapi pastikan cari botol susu yang putingnya seakan puting ibu supaya baby nanti tak tolak menyusu sebab kita stop bf dlu..

Hi sis, bila sis xda niat mix dgn botol. Sis guna syringe atau sudu kecil untk mnumkan baby susu formula ya. Spya dia x nipple confuse.

Pn darah O+ ke ya ? Kalau pn darah O+ , baby jaundice tinggi & lama tu mmg perkara biasa bagi ibu kumpulan darah O+. Anak saya dua dua jaundice lama. Kerap susu pun still bacaan atas 100 selepas hari ke 15. In sha Allah takde apa, kerapkan je bagi susu. Kalau boleh setiap 1 jam 1 onz . Boleh pump then guna botol susu. Senang nak monitor. Mental n fizikal jela kena kuat. Sbb tgh pantang kan penat ulang alik klinik 🥹

Ank saya masa kuning haritu saya bagi susu formula frisolac 1oz stiap 1 jam. Bacaan kuning dari 11 turun ke 1 dlm masa 1minggu. Doktor ckp ajaib sbb jauh sgt bacaan tu turun😅 mmg kena kerap menyusu n sentiasa kejutkan baby utk menyusu supaya kerap berak ngn kencing. sbb dari najis ngn air kencing je blh keluarkan kuning tu

Susu formula frisolac sis. Doktor sendiri yg suruh bagi susu botol supaya kerap kencing ngn berak. Die org fhm yg first mom awal2 mmg xbyk susu bdn😅 n 1 lg doktor pesan jgn bagi baby minum susu kambing,ibu sendiri pun jgn minum klau bf. Sbb akan naikkan lagi kuning baby

klau sya time ank kuning teruk belum smpai 1 minggu pn sya amal kn minum 100plus yg tk sejuk sbb ank kn fully breastfeeding so dia pn ikut jga minum.. petua ni kkak ipar sya yg bagitau.. sya prcaya sbb dia dah 7 org ank dah ada pngalaman kn.. dan kurangkn mkn makanan yg berempah atleast 2 minggu lebih atau smpai kuning baby tue betul2 hilang

Doc pun bercanggah pendapat, doc kkia suruh teruskan bf, doc dekat kk cek kuning mintak topup susu fm, terus kuning turun 😅 sy elak makan halia,kunyit, lada ,jamu mmg xmakan pun kuning xturun naik lagi ada.. susu ibu mmg bagus tapi tulah, kalau kuning ni mmg lambat turun , sabar ya In Shaa Allah tak ada apa .. cumanya tulah letih kan

sebenarnye utk turunkn jaundis bb .. bb kna kerap kecing atau berak. ini utk nyahkn bilirubin dlm darah bb. anak ke4 jaundis juga, sya usaha letak dlm bilik lampu biru.. jadual penyusuan yg kerap dan elakkan pki baju atau element2 yg kaler kuning dr bb.

kalau baby darah o ibu darah o . kuning laju turun. sy full bf. utk cepat hilangkan kuning, Sy bagi susu setiap 2 jam atau kurang dari 2 jam. x kira baby sdg tidur atau x. lampu 2 minggu menyala. dlm 2 minggu tu mmg x cukup tdr la. pemakanan mcm biasa seperti yg di sarankan Dr atau Misi. sy da 3 anak. skng anak da masuk 5 bulan.

TapFluencer

Hai. Anak saya pun kena warded mommy. Kena dapatkan nasihat doktor. Kalau ada yang beri nasihat beri susu formula kena tanya doktor dulu. Kalau anak tak kerap berak memang lama anak akan kena jaundice. Teruskan berdoa, susukan anak cuba mommy makan buah yang mudah baby berak. Moga anak cepat baik daripada jaundice ya

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan