10 Các câu trả lời
bukak buku pink di kk. bgtau nurse nak continue kat swasta. sbb bnyak kes nurse hosp kerajaan suruh bukak buku pink kerajaan jugak akhir2 pregnant sbb buku swasta xcomplete. tp make sure sis tau la procedure apa yg wajib sepanjang check up. kene minum air gula atau x, berapa kali kene minum, inject kancing gigi berapa kali. ada klinik swasta sekadae check bp, air kencing dan scan je tiap bulan. xde suruh minum air gula, xde inject kancing gigi, cek hiv, blood group apa semua. da hujung2 pregnant baru ibu tau kene buat banyak procedure. terpaksa g kk jugak nak completekan buku.
Sbelum nie anak 1st, sy checkup klinik kesihatan kat kelana jaya. Kene bayar rm 1. Ya ampun org ramai Sgt. Kalau datang pukul 7 tu pukul 12 baru nak Siap. Ank ke 2 pindah cheras. Dapat klinik kesihatan Ibu & anak. Stakat nie buka buku & dah 3x checkup xkene bayar langsung. Org xramai. Kerusi cukup je nak duduk. Pukul 8 dtg pukul 8.45 dah siap. Seronok pulak rasa 😂. Lama sikit masa 1st checkup je, nak kene tunggu nurse tulis buku semua, tu pun pukul dalam 9.30 dah settle. Swasta laju je rasa cuma kos je laa mahal sikit Dr gov kan.
Saya checkup swasta, dan kerajaan. Dedua buku pink saya ada, saja je 🤣 sebab saya tak bekerja. Kos pertama bukak buku pink, rm250 di swasta. Di kerajaan rm1. Swasta saya checkup sebulan sekali, kerajaan 2 minggu sekali. Kerajaan ni lebih detail sikit. Swasta pun okay je. Sepanjang checkup kat swasta tak menentu. Kadang rm150 lebih kadang rm200 lebih . Takdapat agak. Kalau kerajaan rm1 jelah. Masa nak bukak buku, checkup free. Tapi kerajaan masa kite takboleh pilih, kene sabar menunggu. Swasta datang tunggu 5 minute then terus jumpa doctor.
betul sgt sis cakap tu👍🏻..
Saya checkup dekat kk dengan swasta and banyaknye checkup dekat swasta sis, sebab saya tak suka menunggu 🥹 setiap kali checkup kena bayar, setakat ni saya bayar dah nak dekat 2k something tapi servis semua saya puas hati, even nurse kk pun cakap buku pink swasta saya lengkap sama mcm kk, so terpulang dekat sis ya, saya buat dekat klinik dr alyna, wangsa maju 🥰
Kalau swasta, saya checkup dekat klinik Dr Alyna, Wangsa Maju. Kalau KK, saya checkup dekat KK cheras sis 🥰
Sy fully check up di klinik siti sbb mmg plan bersalin swasta utk anak ketiga. Buka buku pink dlm rm250. Monthly dlm rm180. Akan jadi lebih klu ade buat test2 lain.. So far lengkap shj, sbb ade urin, bp, hb, minum air gula, injection kancing gigi, fbc, dan sy failed air gula. Ada gdm. So kna buat bsp, dan refer dgn dietitian utk monitor diet
sorry mom nk tnye..250 include medicine ke?
Sy pun nak jimat cuti sbb kerja swasta. So bukak buku pink kat klinik swasta. Tapi servis hampeh. So try klinik kesihatan..perghh lagi lengkap sgt. Detail satu2. Yg tak dpt kat swasta. Explaination nurse mcm explaination doktr. Happy sgt. Masa tu x pikir dah pasal cuti. Yg penting terjaga helok anak dlm perut ni ❤️
Saya check kk utk 4 bulan pertama pastu pindah, kk sini banyak ragamnya jd saya amik keputusan check swasta dkt klinik siti. Monthly utk basic tanpa scan rm45, kalau masuk air gula check darah check urine standby rm200 jugak.
klu elok bt kk sis.. nnty minta je time slip appoinment pkul 8 je.. smpat lagi masuk kerja.. klu buka buku pink swasta costing n takot nnty apa2 problem kena rujuk kerajaan jgk.. awal2 appoinmt sbln skli je appoinment..
Okey terima kasih🌸
swasta tak cek complete.. mcm kerajaan dia cek sgt details.. swasta sekadar cek vital dan scan.. kerajaan dia cari kelubang cacing kalau dia x puas hati apa2.. mmg betul2 jaga .. so far puashti sgt
Betul tu kk dia jaga sgt, first time rasa complate kena take care kaw² 😅. Minggu lepas sy appoitment kali kedua.. Lastly berat kurang sikit je dlm 1.5kg, dia dah bagi surat untuk mengikuti program pemakanan.. 🤭 First time kena..
rm 250 di Klinik Siti. Boleh google location dorang. Buka setiap hari hingga malam jam 11.
Anonymous