28 Các câu trả lời

Sis boleh cuba minum air masak secukupnya setiap hari, jadikan amalan. Contohnya kalau berat badan kita 50 kg, setiap 25 kg tu jumlah air minum yg diperlukan badan sebanyak 1 liter. Jadinya untuk berat badan 50 kg darab dengan 2, air masak tu kena minum dalam 2 liter sehari. Letak botor air besar dekat mana² tempat yg kita selalu duduk supaya mudah ingat dan capai. Cara kedua, sis kena perbanyakkan makan sayur-sayuran warna hijau, contohnya ulam-ulaman, bayam merah/hijau, sawi, kangkung, kacang panjang/buncis, bendi dan lain². Boleh dijadikan lauk ikut suku² separuh (nasi suku, protein suku, separuh sayur&buah), Cara ketiga, snack (kudapan) sebelum makanan utama, elakkan makan makanan bertepung macam cucur (kuih), tahi boleh jadi keras bila selalu makan ni sebab kuihkan bersifat kering. Sis boleh alas perut dengan potongan timun/tomato, buah-buahan sitrus (epal, oren, betik & lain²), kacang-kacangan yang berkhasiat. Buat masa ni elakkan juga makan makanan yg berangin contohnya ubi, pulut, nangka, dan lain² sbb bila perut kembung badan jadi susah sikit nak hadam makanan kita tu. Cara ke empat, jaga waktu makan dan jangan makan lewat malam. Kalau boleh 4 jam sebelum tidur tu bagi perut kita rehat dari terima makanan berat. contohnya makan malam terakhir pukul 8 malam. Cara kelima, kena banyakkan bergerak, berjalan dan buat senaman kegel (pranatal) setiap hari bagi aliran darah kita lancar. If tak okay juga mungkin boleh cuba minta bantuan nasihat & ubat daripada Doktor. Secara ringkasnya, kita kena banyak makan makanan yg lembut dan berair supaya mudah nak membuang dan kurangkan rasa sakit sembelit. Harap membantu sis dan dipermudahkan urusan kita semua🤲

dah try semua cara x utk atasi sembelit tu? kalau dah try semua cara tp tetap xberkesan jugak ambil lactulose je mintak dgn dr pun boleh dpd terseksa mcm tu. sy awal pregnancy sangat teruk tp before mengandung lg mmg sembelit cuma sejak pregnant ni klu sembelit terseksanya lain mcm. sy dah try semua cara masa sembelit awal pregnancy. last² tanya dr masa appointment, boleh x sy ambil lactulose. tiba² dr cakap boleh, sy bagi awak lactulose la. balik rumah terus minum, kejap je dah buang legaa rasa haha tp tu la first time sy minum dan last sy minum, pstu dah xminum dah sbb xnak bergantung dgn ubat tu. berak pun semua ok sampai la 3rd trimester pun ok dah alhamdulillah. sedap lactulose tu, rasa gula hangus, caramel, warna pun warna caramel, manis hahahahah

Masa pregnant anak sulong. pernah xmembuang seminggu. Dlm bulan puasa. Sehari dua Saya buat xtau je.. Masuk hari ke 5 mula makan macam2 nk bagi lawas.ttap xmembuang. Masuk Hari ke 7 mmg perut rasa sakit sangat.sudahnya Terpaksa Mc. G klinik Dr bagi ubat sembelit. Cair najis. Susah sangat nk keluarnya. 2 jam dlm toilet. Pregnant kali ke 2 xde sembelit langsung. Pakej membuang 2 3 kali sehari. Sbb Saya kuat makan. Saya makan vitamin 4 beradik yg kk bagi je. Dlm pantang pun kalau 2 Hari xmembuang Saya ambik ubat yg Sama. Esoknya lawas.

normal membuang tiap hari, abnormal klu tak membuang lebih 3hari. solution ambil diet y boleh galakkan buang air besar. 1. sayur okra, timun 2 . saya ambil susu anmum, bancuh gn air pnas sikit then letak ais, susu ni ad pre& probiotic JD kena suam utk berkesan, klu panas mati la probiotic 3. makan yougurt bg y 💩 lama tersimpan n susah nk teran keras sgt...kena cucuk ravin enema kt rectum bg cair/lembutkn. tp ingt kena prep tunggu kt tandas.

https://s.shopee.com.my/5KtIAd1FW7 sy letak manna dlm air suam @ air minuman sy. https://s.shopee.com.my/7KeMYRqcPD if nk minum selain susu sy minum koko. tak buat lg sembelit insyaallah. jumpa ni tak cari lain dh.. buah2 berserat jgn lupa. https://s.shopee.com.my/2AwGPAvhB9 ni kopi.. sy peminum kopi, masa preg tak minum sbb mkn ubat kan, tp lepas anak 1y masih bf tp lamaaa sgt tinggal kan terus dah minum kopi hari2🤣

air koko tu anak sy minum kat tadika dia,sy perasan anak lawas elok,sy pun jd beli buat minum family kat rumah jgk.haha

saya pun ada masalah sama start dari TM2 sekarang dah TM3.. 3 4 hari baru membuang walaupun dah minum air banyak makan buah banyak.. nurse suggest makan buah prune .. Alhamdulillah menjadi jugak kadang2 hari2 membuang kadang 2 hari sekali membuang and tak keras.. TM1 okay ja hari2 membuang walaupun tak minum air banyak and makan buah banyak ..

Sya pun pernah mcm tu. Mcm2 sy cuba.. tapi skg yg sesuai dgn sy, sy selalu minum jus buah/jus sunquick & sy minum susu similac mom sbb ni pn kene recommend bantu mslh sembelit utk pregnant women . Sgt mbantu mslh sembelit sy dulu . Skg hari2 mbuang, kadang2 je 2 hari skali . Sis boleh try cara sy😊

sya paling² pun 2 hari sekali.. kene minum banyk air putih. lebih kurang 1.5ltr ke.. kalau DPT 2ltr pun boleh..buah² n sayur² pun kene mkn bnyk.. mkn betik , Pisang , dragon fruit utk senang lagi membuang .tapi paling penting tu air putih kene minum bnyk..

Saya pernah tak berak sampai sakit sangat perut, perut sebu and tak selesa, jangan sampai mcm tu ya sis sebab sakit dia tu ya allahh, tuhan jela yg tau. Lepastu pergi klinik, klinik bagi ubat lembut najis, baru okay, itu pun 5 hari juga saya mc 🥹

saya ada masalah yang sama start masuk trimester 2. macam macam try tapi tak ok. lepastu saya cuba setiap hari mesti makan oren/limau, dan kismis. alhamdulillah lawas. kismis tu buat lawas inshaallah. kalau sis takda gdm, boleh try amal kismis.

kalau sy,makan dragon fruits..mmg lawas.makan 1biji setiap hari.kdg tu 2biji stiap hari klau yg kecik.

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan