elective czer at 37w

Hi mommies. Skrg ni sy dh 31w5d, last week dh jumpa dktor pakar utk set tarikh czer, kalau ikut due date spttnya bulan September, tp sbb elective czer, dktor set 30/08/22 (37w1d). Excited, nervous, takut, smua ada. Elective czer sbb last year dh operate buang fibroid. Mommies yg ada pengalaman boleh share x ttg checklist utk ke hospital, pengalaman smasa n selepas kluar dr OT, anything yg dpt mbantu sy sbg new member to this motherhood. ♥️ #1stimemom #advicepls #firstbaby #ingintahu #pregnancy

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Saya tiada pengalaman elective czer. Saya emergency czer. 😁 Check list ke hospital, saya dah siapkan bulan ke-5 hamil. bulan ke-6 dah masukkan keperluan ke dlm beg hospital. Checklist: 1. Tenangkan diri. 2. Maafkan orang lain dan jumpa ibu bapa, adik beradik. Mak abah saya dah meninggal, jadi saya call dan mesej makcik2 saya, jumpa mak tiri , mak mertua. Segan pula nak call pakcik , haha. Minta maaf dgn mereka semua. 3. Sedekah 4. Redha dgn apa jua ketentuan Allah. 5. Elakkan stress 6. Maafkam suami dan minta maaf dgnnya. 7. Buat wasiat kalau boleh sebab kita ni 'berjihad' , belum tahu hidup atau mati semasa bersalin. 8. Beg hospital (ni panjang sangat, search lah apa2 yg patut 9. Kena tahu ilmu penjagaan bayi, mententeramkan bayi dan menidurkan bayi, penyusuan bayi supaya tak blur, tak panik bagai. 10. Terima kasih dgn team OT, saya mampu bercakap walaupun pening2, tanya berat baby, tanya jam berapa, thanks to team OT dan wish them all the best siap buat thumb up. 11. Baca taawuz semasa proses bersalin, bila burse bagi tengok baby mohon perlindungan Allah ,mudahan anak dilindungi drpd gangguan syaitan dan lain2 doa. 12. Sebab hospital tempat saya bersalin ialah Hospital Rakan Bayi, nurse bagi anak saya susu pertama sebelum anak di bawa ke SCN wad. Moment yg indah. Ada juga yg tak dapat moment tu, boleh minta ya. Kita hak utk buat begitu. Kecuali keadaan tak mengizinkan. 13. Ingatkan diri supya terus bertenang menghadapi new life dan enjoy the moment. 🤲🌻

Đọc thêm

hai sis..sis dah selamat bersalin ke..blh share tak pengalaman jalani elective czer? ❤️

2y trước

mashaAllah..😂😂 tq sis sudi share..sy tengah seram sejuk jugak ni.. semoga semua baik2 je nnt..