Biasanya di Klinik kesihatan, ibu akan discan pada trimester pertama (minggu ke 7-13), trimester kedua & ketiga. Dalam 3-4 kali shj. Jika tiada masalah atau risiko, tak perlu scan banyak kali. Seeloknya jgn lupa buat details scan nanti waktu kandungan 18 minggu-25 minggu (utk cek perkembangan bayi normal atau tidak) - jantina letak no 2. ini boleh buat di Klinik swasta (tiada details scan di Klinik gov, sbb khas utk ibu berisiko shj) Kalau ibu larat berpuasa, boleh teruskan. Tapi kadang kita taktahu kan dalaman macamana. jika ibu tiada masalah seperti darah rendah, kencing mnais, darah tinggi sewaktu hamil, tiada masalah teruskan puasa. Insha Allah baby ok shj. cuma awal2 pregnant pastikan ibu cukup zat dan nutrien utk badan dan pembesaran baby juga.
Dh buka buku pink ke? Klu dh buka, ikut je schedule yg nurse bagi.