period selepas bersalin

hi mommies ! saya first time mom dan kini masih berpantang minggu ke-6 . darah nifas saya sikit saja sepanjang tempoh berpantang dan telah kering pada minggu ke-4 . saya telah pun mandi wajib . tapi tadi masa saya pergi tandas panties saya penuh dengan darah segar ( merah ) . saya confuse sama ada itu darah nifas atau darah period sebab beberapa hari ni pinggang saya sakit sangat . biasanya tanda awal saya nak period ialah sakit pinggang , sakit bahagian ari-ari dan segugut . tapi kali ni saya cuma sakit pinggang dah sakit ari-ari saja . normal ke period datang pada minggu ke-6 selepas bersalin ya ? sebab saya pernah dengar kalau tak fully breastfed baby period akan datang lebih awal . betul ke ? dan macam mana ya nak bezakan darah nifas dan darah period ? #ingintahu #firstmom #firstbaby

8 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Apa Itu Darah Nifas? Maksud dari segi bahasa berasal dari perkataan “na fi sa” yang bemaksud melahirkan. Dari segi saintifik pula, darah nifas ini merupakan darah yang keluar dari Rahim seorang Wanita selepas beranak atau darah selepas bersalin. Manakala, menurut Mufti Wilayah Persekutuan, maksud darah Nifas ini adalah darah yang keluar setelah kosongnya kesemua rahim dari kandungan. Meskipun ia keluar dalam bentuk segumpal darah (alaqah) ataupun segumpal daging (mudghah), darah tersebut keluar dalam tempoh sebelum berlalu sekurang-kurangnya tempoh suci (selepas kelahiran) iaitu selama 15 hari. Jika ia telah melepasi waktu tersebut ia tidak dikira sebagai nifas.

Đọc thêm

Jika dibawah tempoh 60 hari , darah yang berhenti dengan darah yang datang kembali WAJIB selang 15 hari suci, baru dikira HAID. Jika tidak melebihi 15 hari suci, maka ia dikira sebagai NIFAS. Jika telah sampai tempoh 60 hari kemudian datang darah semula walaupun hanya selang sehari, maka itu adalah darah HAID. Boleh rujuk Kitab Fiqh Darah Haid, Nifas dan Istihadhah.

Đọc thêm

darah nifas biasa dh hujung2 xde merah dh..dia dh jadi mcm darah hujung² period kita. nak check u amik cotton bud skit bila nk mandi wajib. x bf baby mmg period boleh mai awal as early within 2-3 months lepas bersalin. sebab sy anak sulung x fully bf. 3 bulan dtg dh

sye pun mcm tu.. lps bsalin, darah nifas x byk sgt dlm 2 mggu da bersih.. lps tu lme sikit (lupa tempoh bpe hri) then period smggu( tyme ni pn knfius period ke nifas lg).. tp next month period dlm tempoh yg sme.. so knfirm la yg sblum nie period..

period lah too ...cm saya lepas 44 hari saya mndi dah ...lepastu selang dalam 3 hari kemudian ,darah segar pulak keluar ...mak saya nurse ,dia kata itu period ...sebab tk fully bf ...even yg fully bf pn ade yg dh dtg period awal ...

1y trước

Itu darah Nifas awak. Sebab tak cukup gap 15 hari suci dan masih dibawah tempoh 60 hari.

dalam islam maksimum darah nifas 60 hari.. sekiranya awak berhnti nifas selama 15 hari & kemudian slps 15 hari kluar darah blk baru dikira haid.. klau belum cukup tempoh 15 hari masih dikira nifas!

max darah nifas adalah 60hari. masa darah berhenti tu cukup x 15hari berturut2. if cukup mean tu drh period. if xcukup 15hari suci itu still dikira darah nifas

maximum nifas 60 hari..