serah diri

hi mommies, saya dah 38 minggu, tak de ape tanda lagi so far. tapi boleh ke saya pergi PAC untuk serah diri saja? sebab saya jenis susah nak kencing (bukan tak lawas/kencing kotor) jadi saya rasa agak terbeban untuk tahan kencing dari bangun tidur untuk appointment tiap pagi, kalau saya terkencing juga lepas bangun tu memang ambik masa untuk saya rasa nak kencing semula #mommybuntu #firstmom

7 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

Tak boleh. Yang sebab puan nyatakan tu, saya tak faham situasinya. Kenapa nak tahan kencing? Memang nak kencing balik ambil masa nak kencing balik, kan? Saya pun gitu. kecuali kita minum banyak sangat atau ambil kaffein (ni situasi saya. ia bukan mudah kencing, tapi kerap kencing.) puan masih punya appoinment setiap hari di klinik ke selepas 38w ni? kalau nurse minta urine utk urine test, boleh je bagitau kencing tak keluar. Boleh bawa balik bekas urine tu , dan bila dah kencing, bawa urine tu ke klinik.

Đọc thêm
3h trước

dia macam pundi kencing saya susah terangsang untuk kencing walaupun saya da minum banyak air, dan kk saya tak sediakan bekas yang tertutup. cuba cawan kertas biasa. saya punya appointment setiap khamis dan ahad

Hi mommy, boleh je datang PAC untuk check-up walaupun takde tanda lagi, biasanya diorang akan buat pemeriksaan rutin je macam BP, tapak perut and dengar jantung baby. Pasal isu kencing tu, better cakap terus dengan nurse/doctor sebab diorang biasa dengar concern macam ni, mana tau boleh diorang adjust cara appointment ke atau bagi tips lain. Jangan risau sangat, just explain je situasi awak bila sampai sana nanti.

Đọc thêm
4h trước

Boleh ke pergi PAC untuk check macam tu? Setahu saya nak check semua tu kat KKIA.

if doktor bagi surat untuk serah diri baru pergi pac. no need untuk pergi if takde apa2 keperluan. nanti kena suruh balik je, lagi pula kena ulang alik.. masa habis kat situ je nanti. induce pun tak disarankan kecuali hal2 tertentu. n sakit ye induce ni. biarlah natural sakit daripada kena induce. sabar sikit je lagi ok wak..

Đọc thêm

Mcm sy bru preg 3month..mmg xblh kencing lgsung wlupn rsa nk kncing sgt²..teran pn xnk kluar i kencing tu..last kne msuk tiub kencing,sb sakit sgt² tau bila pundi kencing penuh,rsa nk kencing..tp xblh kluar. xde jngkitn kumn,just mmg xblh kencing..btw sy kuat minum i ksong

kerajaan bkn mcm swasta sis.klau g pac dia akan tye dtg sbb ape,ada prob ke or tanda bersalin.kalau sis ada tanda sikit pun dah ok dieorg akan cek,cam perut ada mild contraction ke,bb kurang gerak ke.kalau nk serah diri mcm tu payah sikit

4h trước

Betul, setuju!

Tak boleh awak. Kena ada surat daripada doktor untuk serah diri. Kalau susah nak kencing tu maksudnya something wrong somewhere. Dah pernah check dengan doktor ke untuk rule out kencing tak lawas/kencing kotor?

tak boleh nak serah diri tanpa ada surat dari doktor.. untuk masalah kencing tu, better check dengan doktor sebab agak tidak normal untuk ibu mengandung terutama diakhir trimester.