Hi mommies. Saya ada isu inverted nipple. Susah untuk saya direct feed baby. Awal2 pernah cuba, tapi memang susah, tangan saya sakit sangat (sejak pregnant kena carpal tunnel syndrome) sebab kena pegang nipple untuk muncungkan nipple, sepanjang breastfeed. Kalau breastfeed setengah jam, macam tu lah saya kena buat. Dan baby asyik nangis macam tak cukup susu. Memang tak larat. Jadi sy pump sahaja sampai sekarang tapi susu drop teruk. Tapi pump pun dapat 2oz lebih je sebelah breast. Sebelah lagi memang kurang. Saya pun dah kurang jaga jadual pump sebab tak sempat (suami pjj semasa pantang, jaga baby sendiri) Ada juga try guna nipple shield tapi kadang2 jadi, kadang2 tak. Try guna nipple puller, sama jugak. Sekarang banyak bagi susu formula. Baby baru sebulan lebih.
Bila dah guna susu formula sahaja, baby kurang berak. Kita jadi makin risau😔kadang2 rasa not being a good mum bila bagi susu formula je kat baby..
Boleh bagi pandangan/experience/kata2 semangat untuk saya untuk teruskan bagi susu badan either melalui pump atau df? Ada ke yg senasib dengan saya?
#bantusharing #first_baby_ #formulamilk
Anonymous