Normal tak anak harini baru masuk umur 1 tahun 5 bulan tapi tak banyak words?

Hi mommies! Nak tanya yang berpengalaman. Saya ada anak umur 1 tahun 5 bulan, harini baru masuk (1/4). Soalan saya, anak saya tak berapa banyak perkataan yang dia bercakap. Hanya papa, mama, ni, ayam, muah, baby etc. Faham arahan. Kenal semua yang saya tanya dia contoh macam 'mana mata? Mana hidung? Mana rambut' etc. Tapi bila kita bercakap dengan dia, sebut perkataan tu satu-satu macam 'ba-ju, ka-sut' dia tak ikut dan lebih kepada bahasa alien. Nak dibandingkan dengan anak buah (anak abang ipar) 1 tahun 6 bulan dah banyak words dia bercakap. Bila balik rumah mertua tu rasa macam down sikit sebab anak mereka pandai berkata-kata berbanding anak saya. Normal ke tak normal untuk anak umur ni? Bantu saya beri pandangan ibu-ibu sekalian. Terima kasih. 🥰 #bantusharing #SeriusTanya #bantujawab

1 Trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

normal je awak, byk juga tuh pktaan dia sebut. anak saya esok genap 18bulan. janji lepas mchart tuh da okay da, at least still ada pktaan yg dia bole sebut even kita ajar dia tamau ikut. maybe take time sikit. n paling penting jgn compare dgn anak lain, semua lain2x. ada yg cpt ada yg lambat. saya bila org compare mcm tuh, saya jawab balik , tiap anak lain2x, kalau sama ja jadi apa. kadang mmg down tapi fikir balik ,janji dia sihat , mchart pun okay takpa da. jgn down okay, teruskan sembang n ajar dia. ignore toksik cmtuh.

Đọc thêm