Pregnant 5 Minggu, UPT Semakin Samar

Hi mommies nak tanya, pregnant 5mggu tapi test Upt semakin samar tu kenapa ye? Ad tak ibu2 dkat sni ada pengalaman dpt upt semakin samar tp selamat sehingga melahirkan?😢

5 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

A Positive urine pregnancy test in a woman who has missed a period is diagnostic of a pregnancy. There is no indication for a routine early pregnancy scan ‘to confirm a pregnancy.’ Sebagai seorang guru perubatan, saya selalu membetulkan kesalahfahaman ini di kalangan pelajar perubatan dan ibu-ibu hamil. Jika seorang wanita membuat ujian pregnancy test air kencing kerana HAID TIDAK DATANG, dan keputusannya POSITIF, maka inilah pengesahan atau diagnosis kehamilan. Ujian pregnancy test ke atas air kencing yang anda beli dari farmasi itu tepat dalam 99.9% wanita. Anda tidak perlu ultrasound scan untuk membuat diagnosis kehamilan atau pengesahan kehamilan. UPT boleh menjadi positif seawal 7 hari selepas persenyawaan, iaitu sebelum pun haid anda dijangka datang, anda boleh mendapat UPT yang positif. Pada masa awal kehamilan, sejurus ujian UPT menjadi positif, ultrasound tidak boleh nampak atau mengesan kehamilan ini. Kalau belum nampak dalam Ultrasound, ini tidak bermakna anda tidak hamil. Walaupun tak nampak dalam ultrasound, jika UPT anda positif, maka anda masih disahkan HAMIL. Sebab Ultrasound tidak digunakan untuk diagnosis atau pengesahan kehamilan. Masa yang terbaik untuk membuat Ultrasound scan yang PERTAMA ialah di antara 11 minggu dan 14 minggu kehamilan. Inilah masa terbaik untuk mengesahkan tarikh EDD yang paling tepat, selain daripada memastikan tempurung kepala janin sudah terbentuk (iaitu tiada anencephaly), jika kembar untuk memastikan berapa kantung dan berapa uri, dan melihat jika ada kecacatan yang serious yang tak boleh di lihat dalam scan yang terlalu awal. Jadi, ibu-ibu hamil tidak perlu diberikan temujanji untuk ultrasound sebelum 11 minggu kehamilan (iaitu 11 minggu dari hari pertama haid yang terakhir). Pengecualiannya untuk ultrasound scan di awal kehamilan hanyalah EMPAT: Pertama ialah wanita yang mendapat pendarahan, walaupun hanya sedikit, atau kesakitan di bahagian abdomen. Ultrasound wajib dijalankan untuk memastikan kehamilan itu bukan kehamilan di luar rahim, dan untuk mengesahkan keguguran. Kedua ialah wanita yang berisiko tinggi mendapat kehamilan di luar rahim, walaupun tiada pendarahan atau kesakitan. Contohnya wanita yang pernah mendapat kehamilan di luar rahim, wanita yang pernah disahkan tubenya tersumbat atau pernah mengikat tube (iaitu bilateral tubal ligation), atau wanita yang ada IUCD di dalam rahim tetapi hamil juga. Ultrasound scan ini pun tak dibuat terlalu awal, kita buat bila 6 minggu kehamilan, bukannya bila UPT positif sebab dua hari tak datang haid kemudian terus buat scan. Ketiga ialah wanita yang mendapat muntah-muntah teruk, dan kita buat ultrasound scan untuk memastikan tiada masalah seperti molar pregnancy. Keempat ialah ultrasound boleh dijalankan lebih awal bagi wanita yang tidak pasti bila tarikh haid yang terakhir dan ada kemungkinan kehamilan itu sudah lebih lanjut dari yang dijangka. ———————————————————————- Tetapi masalahnya, ramai wanita lain yang tiada empat masalah di atas sangka mereka perlu mendapat pengesahan kehamilan melalui ultrasound dan tidak faham mengapa bidan dan doktor di Klinik Kesihatan atau Hospital kerajaan tidak memberi perkhidmatan scan yang awal. Satu kesalahfahaman. Anda tak perlu Ultrasound scan sebelum 11 minggu jika tiada masalah kehamilan, dan tiada sebab. Wanita-wanita ini yang tidak tahu kenapa akan pergi juga meminta scan dari klinik swasta. Kalau anda pergi ke klinik swasta dan meminta scan, anda akan mendapat permintaan anda walaupun anda tidak perlukannya sebab anda akan dikenakan bayaran untuk perkhidmatan itu. Sekarang ramai wanita tanya saya, “Saya pi buat scan tapi tak nampak kantung, risau pulak, risau, risau, takut, risau!!!!!!!!!!!!.” Ini lah sebabnya kami tak akan jemput anda buat scan pada awal kehamilan tanpa sebab yang munasabah. Buat scan awal-awal tanpa sebab, jadi macam ni laaaa. Risau Risau Risau. Hangpa pi buat scan awai-awai sapa suruh? Kami tidak mahu membimbangkan ibu-ibu kami pada awal kehamilan. Ada 3 sebab kenapa anda tidak nampak kantung janin walaupun UPT positif: 1) Kehamilan yang terlalu awal untuk dikesan. 2) Kehamilan yang tidak menjadi, atau keguguran semulajadi yang awal, maka anda akan mendapat haid tidak lama lagi kerana kehamilan ini tidak akan diteruskan. 3) Kehamilan di luar rahim. Jika anda buat ultrasound scan sebab kesakitan atau pendarahan, maka kita akan berasa sangsi bahawa ini mungkin keguguran atau kehamilan di luar rahim. Jika tiada kelihatan kantung dalam rahim, kami akan membuat ujian darah BhCG untuk mengkaji bacaan hormon kehamilan ini, dan kemudian diulang semula selepas 48 jam. Jika bacaan hormon BhCG jatuh selepas 48 jam, dan kemudian terus jatuh selepas lagi 48 jam sehingga UPT menjadi negatif, maka kita tahu ini ialah keguguran. Jika hormon BhCG bertambah dua kali ganda selepas 48 jam, maka ada kemungkinan ini ialah kehamilan awal di dalam rahim dan kehamilan ini masih berterusan walaupun ada kesakitan dan pendarahan. Kami akan pantau sehingga nampak kantung dalam rahim pada minggu yang berikutnya. Jika kami mengeshaki kehamilan di luar rahim kami akan menasihatkan rawatan supaya kehamilan ini tidak diteruskan, sebab ini membahayakan nyawa ibu. Tetapi, jika anda pi buat ultrasound scan TANPA APA-APA SEBAB pada awal kehamilan dan tak nampak kantung dalam rahim, saya akan kata, anda boleh balik rumah selagi anda tiada masalah, tak payah buat apa-apa, kita hanya perlu ulang scan lagi seminggu atau dua minggu sehingga nampak kantung. Dalam masa seminggu dua ini lah anda akan tepuk dahi anda sendiri, kenapa lah anda pi buat scan awal-awal sangat tanpa sebab sampai merisaukan diri anda sendiri saja, tak boleh tidur tak boleh makan sebab RISAU DUA MINGGU. Tiada manfaat membuat scan terlalu awal. Lepas tu kena scan semula sebab ibu sudah risau. Lepas tu, jangan lupa ya, datang balik untuk ultrasound scan diantara 11-14 minggu. Jangan tak datang pulak dah 🤦🏻‍♀️ Prof Dr Imelda Balchin Pakar Perunding Obstetrik & Gynekologi Fakulti Perubatan Universiti Malaya

Đọc thêm
1y trước

most wc awak🥰. awak nak info boleh follow doctor imelda balchin pakar o&g. doctor share mcm2 info bermanfaat utk kita mommy2. semasa hamil smpi la dlm pntng. semua doctor ada share🌻 semoga kandungan awak baik2 sahaja. semoga urusan awak dipermudahkan❤️. aamiin ya mujib

kalau mmg awak dh positif pregnant tak perlu test dh pon upt. cukup sekali pon dh okay. hcg akan berkurang bila usia kandungan awak meningkat. ni pon salah satu punca buat mommy panik. bila test byk kali upt. selagi awak tak mengalami spotting/bleeding ataupon sakit perut terlampau inn shaa allah kandungan awak baik2 sahaja.

Đọc thêm
1y trước

cukup 6@7 week nnt boleh g scan. boleh nampak kantung dlm rahim kalau scan waktu tu. dan ada je mommy scan time ni dh nmpk baby. mana tau awak scan2 boleh nampak baby juga. masa tu boleh je ckp kerisauan awak dkt doctor. tya doctor😊❤️. most wc awak

sye check upt 2x je spanjg preggy ble da lewat period seminggu.. check 2x sbb tkot yg 1st tu salah ke kan.. ble da positive tu just tggu je la ble da 6-8 mggu bru scan kt klinik swasta.. slagi xde bleeding, insyaaAllah ade rezeki tu jgn rsau ye.. mkn folic acid & jgn wat keje berat2..

1y trước

Positifnya awak sis, baru terasa betapa jahilnya diri sbb sangat gelabah nak celup2 upt banyak kali, tq tau sis, buat sy sangat tenang dgn penerangan sis, baik, sy memang dh amal folic acid dri awal bulan tahun ni, tq sgt2 sis

5w supposedly masih pekat. 8w dia peak tak silap akan terang benderang then makin pudar. Nk tahu juga awk guna upt apa yg makin samar ni? Dikhuatiri chemical pregnancy.

1y trước

Ohh mcm tu, lepasni xmau dh cek upt, sepanjang hari risau, fikir mcm2😭, stakat ni mual2 ad tp xmuntah, tu pn jarang mual, hopefully pregnancy ni selamat sehingga bersalin, tolong doakan sy ya sis, ni first pregnant after 2thn 5bln ttc 🤲🏻🤲🏻😢

ada gambar tak? samar mcm mana tu?

1y trước

Dh takde sis, sy dh buang sbb gelabah nk tgk 😣