tak payah pakai srung tangan pa smua

Hi mommies , nak tanya .. Baby 2 month dh boleh tak pakai sarung tangan ke ? Kenapa erk ?

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Kenapa? Di awal kelahirannya, mata bayi tidak begitu sensitif dan tidak dapat melihat seperti pandangan mata orang dewasa. Malah, bayi sendiri tidak tahu bahawa mereka mempunyai 2 belah tangan yang boleh digunakan. Dengan deria sentuhan melalui jari, bayi akan dapat merasakan persekitarannya dengan lebih baik serta belajar mengetahui fungsinya dengan lebih awal. Lagi.. bayi seawal 2 bulan sudah boleh menggenggam barang yang kecil dan ringan jika dirangsang dengan baik. Malah, bayi sebenarnya amat berminat dengan tangan sehingga mereka menjadi ‘kagum’ dan ‘asyik’ bermain dengannya. Seterusnya.. Tentu anda perasan bayi baru lahir selalu menggenggam tangannya, kemudian ditutup lagi dengan sarung tangan bayi. Ia mampu menyebabkan haba terkumpul dan seterusnya berpeluh. Lebih awal anda membuka sarung tangan bayi, lebih awal bayi akan membuka ‘genggaman tersebut’. Kadangkala ada kulit-kulit yang terkupas, ruam, dan ada daki akibat berpeluh. Oleh itu, menanggalkan sarung tangan lebih awal dapat membantu menjaga kebersihan yang lebih optimal. Terakhir.. Ya, mungkin ada yang akan mencederakan mukanya sendiri jika tidak pakai sarung tangan bayi. Namun, perbuatan ini juga dapat mengajar bayi untuk merangsang tindakan lain seperti refleks kerdipan mata untuk melindungi dirinya. “Apapun alasan pemakaian sarung tangan tentulah hak ibu bapanya. Kalau bimbang bayi mencakar muka, sebaiknya kuku dipotong dengan lebih kerap, bukan dengan memakaikannya sarung tangan. Meraba, memegang, dan melatih gerakan jari perlu dilakukan bayi sejak kecil lagi kerana ia adalah proses perkembangan yang penting,” jelas Dr Geller melalui laman web BabyCenter. Biasanya masalah ini tidak serius dan bayi tidak akan mencakar lagi jika tahu bahawa perbuatan ini akan menyakitkannya.

Đọc thêm
Thành viên VIP

Baby sya lepas pantang jew sya terus xpkai kn sarung tgn. Pkai sarung kaki jew tu pon klau sejuk sgt. Cuma kena rajin laa pastikan kuku baby xpanjang sbb takut dia cakar muka sndri

Saya abis je pantang, anak saya dh mula kurang pakai sarung tgn. Msuk 2 bulan terus bogel tgn kaki. Sbb bgus tuk dia belajar rangsangan. Kalo kuar dr umah baru pakai sarung kaki

Thành viên VIP

Xyah..baby sy sebulan jee pakai sarung tangan..kalo pakai sarung tangan nnti baby asyik duk menggengam jee..kita bagi tangan baby bebas bergerak janji kuku xpanjang

Thành viên VIP

Utk bg tgn dia stimulate dgn prskitran. Kan ada alat besi tu utk tumpul kn kku lpas ptong. Dia ckar muka tu normal la..

Sy biasa lps jer.luruh pusat bby tu potong kuku mmg xpakaikan sarung tgn dh...just pkai sarung kaki@stokin aje..

Thành viên VIP

yer sis, xyh pakai melainkan sejuk je sbb nk bg baby rasa jari dia sume

Kuku dia kalau dah ptong still rasa tajam gitu , takut pula tercakar

Pakai sampai sebulan jer. Kesian tangan anak x berkembang.