9weeks & threatened miscarriage
Hi mommies. Nak share experience also nak tanya few soalan. Sy dh 9weeks, n ni first pregnancy. For intro, sy baru pjj dgn husband sebulan. Nak jd cerita sehari sebelum dia fly, bru dpt tau upt positive🥹 So sy agak stress sbb journey pregnancy sorg2. Sy nak cerita detik2 sy dpt tahu pregnant bila sy dah 3 minggu sakit bwh perut sebelum tu. Slalu jd cmtu bila nak period. Plus mse tu ada spotty. Igtkan tu period. Itu yg buatkan sy tak terfikir check upt. Tp lepas 3 minggu msih sakit bwh perut n xkluar jgk period, tu yg check upt n positive. Persoalan sy, kenapa sakit bwh perut tu seolah2 mencucuk. Kwn2 smua kata itu normal sbb bru nak melekat. Cramp biasa. Sy byk pergi klinik, byk doctor locum dan smua kata normal. Tp mkin hri sakit tu sama dan sakit yg teramat. utk pengetahuan smua sy tkde bleeding apa pn. Slepas 2mggu, Sy pun pergi ke hosp pakar al islam. Doc buat scan melalui bwh, dpt tahu ada bleeding di dlm rahim. Itu yg bt kan sy sakit bwh perut selama ni. Mencucuk2. So doc diagnose Threatened miscarriage. Tp alhamdulillah kantung dan baby masih slamat. Ada dgr heartbeat. Sy regular mkn ubat duphaston, smpai skrg tuk kuatkan rahim. Buat ms sekarang mmg doc tkde apa2 plan selain suruh sy rehat. Utk pengetahuan, sy dpt medical leave sebulan. Sy mmg rehat shj. Ada kt sini yg sama sprti sy tak? Sejujurnya sy msih risau dan sgt2 overprotective dan overthink. Sbb sy sorang2. Dan sy tkut sy gagal jaga dia dgn baik. Sy bca byk experience org luar sana yg gugur di usia 4-5 bulan . Jd sy dh 50-50. Adakah sy mampu menjaga kandungan ni. Apa2 tips lain tak utk kes sperti sy? Mohon bantu. Sbb selepas mkn ubat ni, sy msih lg sakit tp wpun sy rehat btul2. Sy agak stress skrg ni.