Hi mommies! Nak mintak pandangan sikit mommies semua🤗
Anak saya 1tahun 6bulan, minggu lepas checkup berat dia 8.4kg je😓 Garisan dalam kotak kuning. Berat & tinggi memang tak naik banyak. Anak saya bab makan memang kurang. Btw, anak saya fully bf. Jadi misi kk tempat saya suruh bagi susu tepung sebab lagi 2 bulan dia nak check balik berat anak saya🥹
Dia suggest susu Fernleaf. Jadi saya bagi Fernleaf Full Cream kat anak. Sebab saya baca susu FC takda gula tambahan berbanding susu yang langkah2 tu. Anak saya suka minum susu ni dia tak tolak pon, berak semua okay. Tapi tadi baru promoter susu kat pasaraya suggest Dugro Sure Plus 1-9tahun punya sebab ada DHA apa semua untuk tumbesaran. Dia kata Fernleaf takda DHA🥹 Jadi mcm mana mommies? Patut ke saya tukar? Anak siapa pernah cuba susu Fernleaf FC. Okay tak? Berat & tinggi naik tak? Mohon pendapat mommies🤗 #ingintahu
Anonymous