135 Các câu trả lời

VIP Member

Resepi pencuci mulut ringkas dan mudah Strawberry yogurt popsicle Bahan: 1 cawan strawberry (potong dadu) 2 sudu besar perahan lemon 2 cawan yogurt Acuan popsicle 1. Gaulkan strawberry dengan perahan lemon dan biarkan sebentar. 2. Masukkan yogurt ke dalam campuran strawberry. 3. Isikan adunan ke dalam acuan popsicle. 4. Simpan dalam peti sejuk beku selama 2 jam. Siap untuk dihidang.

Cha Bang Ang 🤩 Bahan-bahan: Cincau manis (beli dalam tube) Gula karamel – gula perang 1 cawan masak dengan air 1 cawan. Selasih 3 sudu besar – rendam air panas Ais Bahan susu (camour semua goncangkan): Susu segar full cream – 2 cawan Susu cair – 1 cawan Susu pekat manis – 3 sudu besar vanilla essen 1 sudu teh. Garam secubit Cara-cara: Cambutkan semua, kacau sebati dan siap!

VIP Member

Jus anggur untuk bayi 8bulan keatas. Bahan2 : Buah anggur anggaran 20biji Yogurt asli 150gram Cara2 : Basuh dan blendkan buah anggur sehingga hancur ( letak air sedikit ya masa blend tu) . Tapis buah anggur tersebut dan masukkan yogurt original kedalam buah anggur yg telah diblend dan ditapis tadi. Siap. Kalau baby tak hbes minum, boleh diletakkan lebihan tu dalam peti sejuk.

Bengkang tepung resepi daripada abah sy. Mmg dari dulu lagi family selalu request sy buat bengkang tepung ni. Nak buat senang sangat ambil masa sejam saja. Rasa pun sedapp makan panas2 pun best. Alhamdulillah mak mertua pun sampai minta jugak la resepi dekat sy sebab ayh mertua suka sgt sampai teringin sbb dah lama kami tak balik kg bawak bengkang tu 😅

Agar-agar. Bahan-bahan yang diperlukan. 1. Agar-agar 2. Air 3. Gula Cara menyediakan. 1. Didihkan air 2. Masukan agar-agar dan gula dan kacau sehingga air jadi jernih. 3. Campurkan pewarna (optional). 4. Tuangkan dalam acuan tunggu sejuk dan masukkan dalam peti sejuk. 5. Lepas beberapa jam, sedia dimakan. Inilah pencuci mulut yang saya suka sediakan. Paling ringkas sekali.

pencuci mulut untuk seisi keluarga ..dari baby smpai ke dewasa boleh makan. .."Yogurt Bites" .... Bahan Bahan. . yogurt plain buah mangga Cara blende buah mangga. campor Kan bersama yogurt Dan beku Kan dlm mould perlbagai corak ..... dah beku boleh Di makan sebagai pencuci mulut ... kegemaran Kami 1 family ...termasuk baby 8 bulan Kami ..❤️❤️ ...

🍨AIS KRIM ALA BUBLE BEE🍨 Bahan : 1- Madu Sarang 2- Honey star 3- Aiskrim vanila 4- Boba pearl (kat 99 biasa ada) 5- Buah2 (Mangga/apa2 y ada) Cara : 1- Rebus boba pearl hingga kembang 2- Ambil mangkuk/cawan letak boba pearl,aiskrim,honeystar,buah,aiskrim dan last sekali madu sarang.Boleh selang seli terpulang kepada citarasa masing2. Siap,sedia dimakan

VIP Member

pencuci mulut yang mudah serta simple untuk seisi keluarga saya ialah cumi cumi sweet cocktail 🍹🍸 ,sedap boleh bertambah kalau rasa 🥰 Cara-cara nya 1 tin susu cair 1 tin susu pekat 1 tin laici 1 tin fruit cocktail 1 paket cumi cumi Ais batu

saya suka salad buah...salad buah saya dgn resepi yang simple spt berikut: epal hijau & merah ( potong dadu ) orange - buang kulit dan potong 3 setiap ulas kismis (jika suka) anggur hitam tomato cherry mayonise susu full cream (ikut cair) gula sedikit campurkan semua bahan selepas dipotong, dan perahkan sedikit lemon kalau nak masam.. sedappppp

' Sagu Gula Melaka ' - sagu rendam dlm 10 minit kemudian didihkan atas api yg kecik sehingga kembang , sudah masak sagu nye toskan ke dlm bekas - cara buat kuah gula melaka nye , masukkan air 1 cawan & masukkan 1 ketul gula melaka dan daun pandan sehelai , biarkn hingga cair - boleh campurkan susu cair ataupun santan yg sudah dimasak . siapp

Câu hỏi liên quan

Câu hỏi phổ biến

Những bài viết liên quan