My baby detected ada sign of Down syndrome

Hi mommies, I’m 21 weeks pregnant today. This is my first pregnancy. I buat detailed scan last two weeks which was during my 19w. Masatu scan normal je but yesterday clinic panggil utk rescan sbb ada yg tak nampak. So smlm datang, and my heart broke into pieces lepas diberitahu yg my baby punya tulang hidung pendek (short nasal bone) yg merupakan tanda Down syndrome. I was speechless taktau nak cakap apa. Clinic suruh refer ke pakar. I dah buat appointment dgn HKL and dpt appointment tomorrow pukul 8AM. I’m so nervous to know more. Sebelum tahu tentang signs of Syndromic babies ni, I dpt tahu yg I ada GBS positive. Tu pun I dah luruh jantung dgr sbb bahaya juga GBS ni jika tak ada tindakan awal (diberi antibiotics sebelum bersalin pd mommy) kerana baby kena bacteria bila dia lalu birth canal dan ada banyak risiko kesihatan boleh terkena pd baby. Skrg.. ni pula. Ya Allah tak kuat rasanya nak hadap semua ni 😭 Tolong doakan I dear mommies. Ada mommies yg ada pengalaman tentang ni tak? I sedih tak terkata lg lg it’s my first baby and I’m just 25 years old. I hanya mampu berdoa pd Allah.

My baby detected ada sign of Down syndrome
137 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Semoga Allah permudahkan segalanya bagi awk. Jgn risau ada mommies lg lain yg mempunyai anak dgn down syndrome. laa yukallifullahu nafsan illa wus'aha. Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kesanggupannya. Semoga awk kuat menghadapi semua ini. Teruskan berdoa.

insya Allah sis semoga Allah memberi kesihatan pd sis n baby syurga..jgn pernah merasa malang dpt dy..Allah bg anugerah indah tu..ahli syurga..punyai perasaan menyayangi dy lebih dr kite ni..semoga sis d beri kekuatan dn kemudahan dlm menjaga amanah yg di beri..aminn

Semoga kesabaran diberikan pd sis, suami dan family.. Sis berdoa dan buat solat hajat banyak2, semoga anak sis membesar dengan sihat dan sempurna, tiada yg mustahil bagi Allah swt, sis kena yakin dengan pertolongan Allah swt.. Moga semuanya ada hikmah dan rezeki

Sis insan terpilih. Ujian Allah pasti akan ada hikmahnya. Teruskan kuat,berdoa dan bersabar. Setiap anak itu tetap amanah,rezeki dan pasti punya kelebihan. Syukur dan bersabar pasti ada ganjarannya. Doa yang baik baik ye

Kuatkan semangat sis, Allah uji pada hambaNya yg mampu, jika betul anak ini Down syndrome, mungkin dia lah yg akan bawa sis dgn suami ke syurga 😊 Apa-apa pun semoga semuanya baik-baik sahaja, mana tahu nanti lahir baby normal kan 😊

Do not worry. I had gbs too. I took antibiotic prescribed by doc n before delivery i had antibiotic too so nthg to worry. Its gud that u knew early. My baby came out fine bcz of te antibiotic. So plz take care of urself n dun worry about gbs.

Sy pon bru lepas detail scan 24 mnggu.... Detect nuchal fold 6mm yg mybe tanda sindrom down.... Nk tnggu checkup dgn doktor kat KK 4 januari ni rase mcm lame Sgt lg.... Tlg sy apa perlu sy buat yer... Sy sedih sgt😭😭

Sis. Ini semua kuasa Allah. Tak semestinya ujian scan tu betul. Doa kan yang baik2 ye. macam i pun tulang hidung pendek. Dah kategori family pun semua hidung penyet. Alhamdulillah.sihat.cuma sampai ke tua la hidung xde batang. Hihihi

Skrg zaman teknologi canggih. Tp Allah Maha Tahu ape yg ade di alam rahim. Doa bebyk n paksa diri utk positif selalu. Ujian ni memang berat. Tp doa byk2 InsyaAllah moga semuanya dalam keadaan baik.

allahuakbar.. sbr bnyk2 sis jgn down ye.. allah sebaik2 perncang.. apa yg jd mst bsr hikmah nya, sis bnykkan bzikir bdoa moga sis n bby baik2 ajee.. sy doakan moga allah kurniakan keajaiban untk kalian.. amin2 yra 🤲🏼