My baby detected ada sign of Down syndrome

Hi mommies, I’m 21 weeks pregnant today. This is my first pregnancy. I buat detailed scan last two weeks which was during my 19w. Masatu scan normal je but yesterday clinic panggil utk rescan sbb ada yg tak nampak. So smlm datang, and my heart broke into pieces lepas diberitahu yg my baby punya tulang hidung pendek (short nasal bone) yg merupakan tanda Down syndrome. I was speechless taktau nak cakap apa. Clinic suruh refer ke pakar. I dah buat appointment dgn HKL and dpt appointment tomorrow pukul 8AM. I’m so nervous to know more. Sebelum tahu tentang signs of Syndromic babies ni, I dpt tahu yg I ada GBS positive. Tu pun I dah luruh jantung dgr sbb bahaya juga GBS ni jika tak ada tindakan awal (diberi antibiotics sebelum bersalin pd mommy) kerana baby kena bacteria bila dia lalu birth canal dan ada banyak risiko kesihatan boleh terkena pd baby. Skrg.. ni pula. Ya Allah tak kuat rasanya nak hadap semua ni 😭 Tolong doakan I dear mommies. Ada mommies yg ada pengalaman tentang ni tak? I sedih tak terkata lg lg it’s my first baby and I’m just 25 years old. I hanya mampu berdoa pd Allah.

My baby detected ada sign of Down syndrome
137 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi
Influencer của TAP

doa banyak2 sis, Allah bagi ujian dan bagi keajaiban dengan pelbagai cara. in shaa Allah semua akan baik2 jee, sis jangan stress yee. kami semua doakan yang baik2 untuk sis, in shaa Allah everything will be fine🌸🥰

Selagi baby belum keluar selagi tu masih ada banyak kemungkinan. Saya doakan semoga baby awak sebenarnya baik2 sahaja, tiada sebarang penyakit, sempurna akal dan fikizalnya, In shaa allah.

Bersabar lah ibu Ina kuat..berdoa lah selalu ada Allah smoga d permudahkn urusan mana thu kn keajaiban yg Allah akan bagi..tu smua rahsia Allah..rajin bersembang NGN baby..minta Allah mudahkan segala nya..Amin

Yakin dik..kuasa Allah tiada yang mustahil..doa ibu mustajab..percaya pada keajaiban doa.keep strong.didoakan yang baik2 utk adik dan kandungan.. positif InsyaAllah positif semuanya💪💪💪💪

semoga dipermudahkan.sihat ke2 2nya.byk² doa padaNya.Bila sedih atau rasa kurang selesa cpt² istighfar.Awk wanita,isteri dan bakal ibu yg terbaik❤️💝inshaaAllah semua akn baik2😍

Doa banyak2 solat hajat dan taubat....Hanya Allah shj boleh mmbntubkrn Allah pencipta yg maha Agung...slgi x kluar kita boleh usaha doa byk2 bersedekah sis sy doakn bby sis sihat aminn

Semoga dipermudahkan segala urusan puan.. Doa byk2, doa ibu mengandung mudah makbul... Apepun B strong... Semoga yg baik2 saja utk puan dan bayi dlm kandungan.. In sya Allah... Aamiin

Semoga Allah permudahkan urusan sis.. doa bnyak² sis.. ank sy sndiri doc detect patau syndrom n holoprosencephaly... Skrang tengah main² di syurga...1st baby jgk.. baru 36hari..

Sabar ya sis. Bykkan berdoa. Ingat yg baik2. Allah mendengar setiap doa dr kita. Doa tu senjata, mampu mengubah kesulitan tambah lg doa ibu utk anaknya amat mustajab.

semoga dipermudahkan segala urusan sis 🥺 awak kena kuat ya untuk baby dalam perut tu 💘 banyak kan berdoa, saya hanya mampu mendoakan kesihatan awak dan baby.