Banyakan susu ibu
Hi mommies. First time mommy here. Ini hari ke 5. Adakah normal kalau air susu kurang tp ada cuma kalau dipam paling dapat 1oz sahaja. Banyak tips saya buat utk naikkn air susu badan. Baby kena kuning. Saya berniat sgt2 dapat susukan bayi dgn susu badan. Saya hampir down dgn semua yg sya buat utk dapatkn susu badan banyak. Rasa kecewa bagi susu tepung pada bayi pada awal newborn ini☹️ boleh bagi tips tak??

Saya pun sama macam sis dulu. Sometimes dapat less than 1oz, yg tu pun lepas saya guna hand pump. Minum air penting, makan lebih banyak protein seperti ayam kampung, buat sup ke apa, dan kalau boleh, direct feed baby. Baby akan bagi signal kat badan kita utk produce lebih susu. Selepas feeding, tunggu beberapa minit dan guna manual pump untuk keluarkan susu yg lebih kat badan. Mommy kena sabar ye, sebab bukan semua org boleh dpt susu banyak bila dah bersalin. Take your time, baby saya pun kuning jugak, sampai kena buat fototerapi. 😢lepas guna manual pump, boleh start guna electric pump macam spectra S1. Mesin ni boleh pump lagi baik, susu pun akan keluar lebih banyak. Guna massage mode 5 min, pastu pump 15-20 min (setiap 2 atau 3 jam, bergantung kepada sis) skrg saya dah minggu ke-4 pp, susu dah naik sampai 80-100ml, kalau saya lupa pam 1 sesi, susu naik sampai 140-160ml. Tapi mesti pam ikut masa, lupa 1 sesi okay je, tapi kalau lupa banyak kali atau tak ikut masa, susu akan kurang. Sebab nanti badan kita ingat baby dah tak nak susu kami, so mesti pam ikut masa ye.
Đọc thêmFollow certified lactation counselor untuk belajar ilmu penyusuan. Saya pun 1st mom. Anak saya prolonged jaundice 2 bulan. Fully BF. Masa saya dulu banyak belajar daripada sharing Puan Nad Masrom dan nurse lactation di hospital tempat saya bersalin. Kalau awak perlukan bantuan, boleh rujuk lactation nurse di KKIA atau panggil lactation counselor untuk homevisit. Nah saya share info daripada @talksyusu tentang penyusuan untuk baby jaundice. Nanti saya share yang Puan Nad Masrom punya juga. - talksyusu https://www.instagram.com/p/DOZ3ejAE34P/?img_index=7&igsh=MTE5a2xiMGhhZzc2bQ== Untuk sharing from Puan Nad Masrom, awak follow IG beliau. Boleh join sekali telegram group. Semua info ada kat situ. Good luck on your breastfeeding journey. Libatkan suami sekali dalam journey ni ya. Sokongan suami sangat penting.
Đọc thêmPaling best kena mengurut untuk lancar kan susu Makanan pulak banyak kan makan lobak putih , sawi .. Keep breastfeeding your baby 1-2 jam sekali untuk merangsangkan pengeluaran susu .. supply and demand memainkan peranan , kerap and lama baby hisap makin byk laa susu ..
Đọc thêmKeep breastfeed baby sis tiap 1-2 jam. Kira nya jika sis pam dapat 1oz sbnr ya tu baki dari baby df. Konsisten df tiap 1-2jam membantu untuk bykkan susu. Minum air masak secukupnya. Mkn makanan yg seimbang.
cuba beli air longan kurma minum . boleh tambah susu bdn tau. kalau anak kena kuning cmpur je gan susu formula . sbb susu ibu slalu bru2 mmg skit .
Try berurut utk lancarkan susu. Sy mula2 pam susu, takde keluar susu. Pastu CL datang berurut n terus banyak susu sy. Sampaikan menitis kena baju.
Banyakkan minum air n makan kurma… sy alhamdulillah day 5 mewah susu sampai bengkak susu even baby dah kenyang