Kena usaha kan juga untuk buang kahak anak tu. Faham anak menangis tu tapi lebih baik dia nangis sebab kita suap ubat daripada anak menangis kesakitan. Awak kena trick juga anak untuk makan ubat. Doktor kata kalau biar lama nanti boleh jadi infection and lead to pneumonia. Pantau sama warna kahak anak. Kalau dah bertukar warna hijau means perlukan rawatan sama ada doctor prescribe ubat or neb.
Ada buat tepukan percussion tak? Tepuk ni penting kena buat. Cara lain yang awak buat tu betul dah. Teruskan. Satu lagi cara through pemakanan
- Elakkan gandum, kentang, coklat, makanan yang berminyak
- Kalau anak minum susu formula, check balik takut alah dengan susu tu.
- Buat sup singo pear
- Kalau ada perokok/vaper dalam rumah, sila jauhkan perokok/vaper dan asap rokok/vape daripada anak.
Apa2 pun perlu rujuk doktor kalau berlanjutan.