Chính sách bảo mật Hướng dẫn cộng đồng Sơ đồ trang web
Tải app miễn phí của chúng tôi
UPDATE: Saya dah ke HUKM untuk dapatkan tarikh temujanji. Sebenarnya referral letter ni untuk anak saya. Ini pertama kali anak saya refer ke HUKM. Jadi steps untuk yang pertama kali refer dan tak pernah ada rekod dengan HUKM, pergi ke Hospital Tunku Ampuan Besar Tuanku Aishah Rohani aka Hospital Pakar Kanak-Kanak UKM (untuk kes kanak-kanak sahaja. Orang dewasa pergi ke bangunan HUKM). Tunjuk referral letter pada admin. Admin akan suruh isi borang melalui scan kod QR untuk booking. Lepas dah isi dan hantar, pihak HPKK akan call dalam tempoh 2 minggu. Sekian. ------ Hi mommies! Boleh share siapa yang ada experience dapatkan tarikh temujanji menggunakan referral letter (KK) di HUKM? Saya nak tahu untuk tahun ni kena walk in atau isi online untuk booking? Saya akan call admin HUKM juga cuma nak tahu pengalaman mommies di sini. Terima kasih sudi berkongsi pengalaman.
Kalau kes saya, doctor kk sendiri yang tanya pakar hospital bila tarikh appt ikut masa yang dia nak selit. Then, kk akan maklumkan kemudian pada saya sekian2 tarikh tu, just bawak referral letter tu je.
HUKM juga ke mommy?
setahu sye, mana2 hospital if dh dapat referral letter, kne pergi sana dlu untuk dptkan tarikh. lpstu the next app baru dpt jumpa dgn doc
Faham. I get the picture now. Thank you mommy!
Anonymous