Baby high demand
Hi mommies, boleh share handle baby high demand ni. Sekarang ni dalam fasa cluster feeding, siang tidur malam jaga, kuat nangis and taknak tidur. Untuk kesejahteraan mental, saya nak pakaikan pacifier. Next nak consider buai sbb susah betul nak tidurkan. Kalau bedung tu kemain marah merah muka. Segala 5s dah cuba tapi failed. Ikut mood baby 😔 Nurse hospital pun ada tegur baby awak ni high demand. Mommies ada experience macam ni? Please share cara nak handle #firstmom

Sy dapat baby high demand 3 bulan pertama tu. Mmg koyak sgt2 cuba dah cari apa masalah, mula2 detect perut dia kembung, cuba kerapkan tuam & tengok pemakanan sis kdg apa kita makan tak sesuai utk baby newborn kalau sis bf la. lepas perut dah okay tak kembung still juga nangis malam taknak letak siang elok je tdo. Bg sy nk hadap benda ni perlukan support system yg sgt2 kuat. Sy stay rumah parents lama gila sebab at least ramai ahli keluarga boleh tlg tgk baby sebab husband pun koyak n kami kerap gaduh since masing2 penat. Siap bawa jumpa ustaz & dapat air penawar tapi masih menangis. Bagi pacifier dia reject. Sy cuba guna buai dia okay tapi proses nk bagi tdo sangat lama sy yg kena jd buai manual utk dia baru boleh masukkan dalam buai auto. Pedulikan kata2 org takpayah guna buai ke apa sebab apa2 kita juga yg jaga anak, sy dulu pun risau org kata once guna buai selamanya akan guna buai tapi alhamdulillah baby sy sendiri dah taknak buai bila masuk 6 bulan & kurang crancky. Sis buat je decision yg tak bebankan diri ya. Semoga kuat & tabah
Đọc thêmturuti apa anak perlu.. tk mampu buat sdri pass baton kat husband.. anak sy high demand, sy housewife berdua je dgn anak. sebab kena penuhi keperluan dia jaga elok2, saya catat semua waktu pukul brp susu, stop pukul brp, nap pukul brp, bangun pukul brp, tidur pukul brp, bangun pukul brp, berak pukul brp.. bila jaga timing anak kurang la meragam, pastu kalau meragam mudah la tahu punca dia tk cukup susu ke tk cukup tidur ke, sakit ke. btw anak tk pernah pakai buai tk berbedung tak pakai paci. masa nb tu anak hari2 jumpa ayah masa ayah cuti bersalin je. pastu selalunya dgn ayah hujung minggu sbb bangun tidur ayah dah gi kerja, dah tidur baru ayah balik. sy? jaga anak je. sbb tkleh gi mana.. dr stress dengar melalak high volume tu baik depan mata dia je selalu. anak tidur siang mak tertidur, anak jaga baru buat apa2. tp bila malam alhamdulillah ok dia tidur pukul 7pm jd boleh buat byk benda malam.. anak sy tidur bilik dia. so bilik dia gelap, tp sy bebas kat luar. kerja rumah yg tk sempat sy buat, sedia makan semua suami yg buat.
Đọc thêmBaby newborn ke? Klu baby bru lg mmg x pndai lg tdur mlm & siang berjaga. X semua baby terus pndai tdur mlm & ada baby yg pndai tdur mlm tu pn ibu2 tu dah latih baby tdur mlm. Sis kna bentuk rutin tdur baby. Cpt atau lmbt terbentuk tu bergantung dgn baby. Klu dia xnak bedung xpe sis, bedung x wajib, bedung dia sbgai alat je bantu utk certain baby tdur tp x terpakai utk smua baby. & ada msa wlaupun rutin tdur dah terbentuk nti, akan ada fasa2 yg baby blh jd xnak tdur lgsg lg. Mmg kena ubah2 cara, cth bulan ni dia nak tdur bila ibu nyanyi, bulan dpan xnak dah, nak dodoi atas tgn ibu smpai tdur pula, cth. Blh juga try buai/whitenoise etc. Selain tu check juga pampers mmg x basah, kdg basah sikit pn baby x selesa, perut ok x kembung, x sakit mna2, x terlalu pns/sejuk, kenyang. Tp mcm sy bgtau, kdg skg ok mcm tu, ada msa nti brubah pula nak cara lain pula. Try n error
Đọc thêmsaya ad pnglmn sulung high demand semua bnda tk kena , kejap nk susu kejap susu mmg burn out time tu smpai dia 4bulan da buat cm2 da check kembong ke apa ke da , mk mertua suruh letak buai . dia tido kejap nnti ngis balik dia snsitif sore kuat sbb mk mertua saya suara cm tercikik mic terjaga la dia , da la saya df mmg mental koyak teruk .. saya putus kn buai time usia dia 3 bulan cm tk ada function saya pun terpkse berhnti kerja jga anak , ank bila ngn org lain ngis aja , ngn saya ok 🤧huhu tp bila anak da 2y dia laa senang dijaga semua org nk ambil dia buat jalan2 .. tido uma nenek atok dia sbb dia senang jga time awal je rumit rasa otak ni tk kuat mana ..
Đọc thêmCl saya buat 5s pun failed. Padahal dah 20y jadi cl. Dia ckp ciri2 baby high need mmg camtu. Hampir saya nk panggil ustaz, tp cl ckp bukan sbb benda2 tu. Paci dia ada 7 dari murah ke mahal, semua diludahkan balik. Maybe semuanya x sesuai tp saya stop beli sbb banyak dah modal keluar. Umur dia 3w saya intro buai elektrik. Barulah aman tenteram hidup saya, mental pun terjaga. Rupanya dia nk buai je, mcm2 saya belikan. White noise, bantal beras, bantal ikan tepuk2, bantal baby pian ngaji2. Semua x mahu. Then time dia 6m, dia reject buai sendiri takmau dah. sebab saya tidurkan dia siang je kt buai, mlm kt tilam.
Đọc thêmSaya pun baby high demand . Macam² cara pakai bagi dia selesaa . Tapi pacifier dia reject . Dia nak tidur dalam keadaan yang bergerak . Contoh buai nak kena ada mesin buai . Kalau buai stop auto bangun melalak . Tapi percaya laa bila dia da 5@6 bulan dia baby paling senang jaga . Sbb mula² saya risau nak hantar dia kt pengasuh . Tapi explain kt pengasuh perangai dia mcm mana alhamdulillah dia boleh handle . Sekarang dia da masuk 10bulan sangat behave perangai dia .
Đọc thêmMak baby hd hadir 🙌🏼 masa cluster feeding mmg anak tknak letak dlm buai, tido side lying pun tknak, time duduk bersila sambil tepuk2 punggung dia bru Lena. Waktu malam, saya terpaksa tido duduk, sbb anak selesa tido mcmtu. Bru beli rocking chair Sbb rasa nak terkehel tengkuk huhu. Anak hd mmg perlukan buai. Beli la untuk kesejahteraan mental yg baik. Bear in mind, ✨fasa ini akan berlalu✨
Đọc thêmsetuju fasa ni akan berlalu.. nanti anak yg dulunya hd yg sangat bergantung pd mama tu yg boleh tidur sdri, pastu belum 2tahun dah "goodnight mama adik ngantuk nak masuk bilik dulu"
sama mcm saya.. skrang dah 3bulan 3minggu... smua benda tak kena.. pacifier taknak, btol susu taknak... smua direct bf.. nak bgi tido apatah lagii.. last² mak saya letak dlm buai baru tido.. skrang nmpak better skit demand diaa tuhh.. cuma waktu dia nak tido jaa laa dia buat perangaii... satu lagi nak pi klinikk.. huhhh diaa nangis tak berentii ... puas pujukk .. hmmm
Đọc thêm1.Kalau ikutkan ckp nurse baby kena minum 3 jam sekali.. tp better awk buat waktu minum 1 jam 30 minit atau 2 jam sekali.. 2.Buh minyak telon elak kembung 3. Biasakan tido ditepuk tepi punggung baby.. baby mudah lena.. Biasakan rutin tido mlm bby.. 2 kali menyusu mlm pastu confirm lena ke pg.. Tu berdasarkan pengalaman 2 anak sy lh..
Đọc thêmSelalu baby high demand memang perlu buai. Tu sebab 5s kadang gagal. Baby high demand tak suka tulang belakang dia kena sentuh. So cara nak tenang kan kena pakai cara tiger on a tree. Awak boleh tengok fb baby language. Dia banyak ajar cara untuk handle baby high demand. And yes, considering buai is a good choice
Đọc thêm