Tak pandai makan

Hi mommies, baby sy baru 6 bulan 7 hari. Baru mula makan. Tapi dia xpandai nak makan lagi. Nampak sudu je nangis. Sua sudu lagi la nangis mcm kena pukul. Help 😣 #advicepls #pleasehelp

2 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Hi mommy. Baby dah ada readiness untuk makan tak? Contoh, boleh duduk dengan support, bila kita makan baby pun sibuk nak ambil makanan kita? Kalau ada maksudnya baby dah sedia untuk makan. Untuk baby bawah satu tahun, susu masih menjadi keutamaan nutrient baby. Minimum 20-24oz sehari. Tapi at the same time mommy boleh cuba tips ni 1. Pastikan tempat duduk anak selesa. Kalau guna high chair, make sure baby selesa duduk dalam tu. Kalau dia senget2, boleh letak towel atau bantal untuk tegakkan baby. 2. Boleh guna method self spoon feed feeding. Mommy letakkan makanan (contoh bubur) dekat sudu, dan baby sendiri akan masukkan sudu tu dalam mulut. Biar dia yang yg control makan dia. 3. Jangan paksa baby makan. Ketahui sign baby bila dia ckp done. Contoh, ketap mulut, pandang tempat lain. 4. Make sure masa makan baby tak mengantuk. Maksudnya, lebih bagus sediakan makanan baby selepas dari bangun tidur/nap. Masa ni mood baby masih ok. Kalau baby menyusu dulu, pastikan ada gap sejam sebelum start makan. Nanti baby kenyang susu, dia akan reject makanan. 5. Cuba makan sekali dengan baby. Boleh letak makanan baby di tray, dan kita makan makanan kita. At the same time, demo dekat baby cara masukan makanan dalam mulut dan cara kunyah. 6. Last sekali banyakkan messy eating. Kadang baby reject makan, its okay. Boleh cuba offer masa lain. Contoh kalau breakfast baby reject tak nak makan, boleh offer masa lunch. Waktu masa tak kisah yang penting sesuai dengan masa baby and perlu consistent so thay baby tahu masa ni masa makan. Untuk baby 6 bulan, boleh offer 1 kali sehari. Lepas tu bila baby dah selesa, boleh offer 2-3kali. Saya baby 5-6bulan, offer makan sekali 7 months 2 kali. 8 months 3 kali. Tapi normal je baby kadang reject makan. Memang akan stress penat2 ready makanan pastu baby tak nak makan pulak, tapi ni pekara normal. So offer lagi masa lain ya. Harap membantu☺️

Đọc thêm

mungkin boleh bagi baby main dengan food tu sikit, atau bagi pegang sudu ke, then cuba suap. agak penat sikit nak mengemas, tapi dengan baby ni kita mmg kena banyak try & error. fasa permulaan, mmg normal kalau baby tak makan banyak. dapat 2-3suap pun dah cukup baik. kena keep on offer je dekat baby. (⁠◕⁠ᴗ⁠◕⁠✿⁠)

Đọc thêm