GBS POSITIVE

Hi mommies! Anyone yang ada GBS juga tak? Im first mom. Jadi risau bila dapat tahu ada GBS. Nak tanya, boleh ke nak beranak normal incase ada GBS? And macam mana nak kurangkan dia selain makan antibiotik

13 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya pun +GBS first mom baru bersalin 30 hari lepas. +GBS tak membuatkan kita kena czer, macam saya beranak normal je, keputihan memang banyak sampai waktu bersalin doc seluk nak bukak laluan pun doc cakap keputihan banyak (tebal muka masa tu tp bagitau je +gbs). Waktu saya pregnant macam2 saya buat nak kurangkan keputihan tapi tak jadi gak, kurang pun sikit je tp tetap banyak. Sebab keputihan saya memang banyak teramat sampai mengalir ke peha. Antibiotic doc bagi makan sy makan, sitz bath, tinggal makan/minum manis, semua saya buat tp tak jadi. Sis cubala buat dulu kot2 ok sikit. Sebelum bersalin, bagitau doc awal2 +GBS. Memang dalam buku dah tulis tp takut doc/nurse terlepas pandang since diorang handle patient ramai kan. Pastu doc akan bagi antibiotic kepada ibu, kejap je masuk antibiotic tu saya rasa seminit dah habis ubatnya 😅 Setahu saya kalau ibu cukup dos antibiotic, baby tak perlu warded utk bagi antibiotic, tp kes sy, lepas bersalin nurse bagi skin to skin dengan baby kejap, bagi menyusu 5 minit, pastu dia cakap nak ambik baby sebab kena masuk wad dan on kan antibiotic. Jadi saya dengan baby pun berpisah selama 4 hari. Saya balik rumah dulu tanpa baby, habis antibiotic baby baru sy jemput dia balik.

Đọc thêm
3d trước

Anon: Aah sy time pregnant pun keluar macam tu. Keputihan + air. Sy punya keputihan pun warna dah hijau sikit, nasib baik takde gatal2. Kalau lama baring, bila bangun tu, keputihan banyak keluar macam terkumpul tambah2 kalau bangun tidur. Kalau terlalu aktif byk berjalan pun keputihan keluar banyak jgk, awal2 sy tak pakai pantyliner sbb org ckp tak elok. Lepas doc n nurse seluk dulu, diorang suruh sy pakai pantyliner tp tukar dengan kerap sbb banyak sangat keputihannya.

Saya ada GBS masa anak ke3, boleh je bersalin normal.. takde masalah.. utk ibu, jaga kebersihan privart part, memang kena selalu pakai panties kering dan bersih.. kalau kerap buang air, biasa panties lembab, kena selalu tukar.. atau pakai panty liner, dan kerapkan tukar.. kalau tak, akan jadi gatal area situ.. Utk baby, memang antibiotik je caranya bila dia lahir.. kalau sebelum lahir, moms kurangkan makan minum yg manis2, itu yg buat keputihan lagi bnyk.. Saya masa nak bersalin anak ke3 tu, lagi bape hari nak due baru dpt tahu ada GBS.. masa nak bersalin nurse on antibiotics sambil tggu laluan buka abis, masa tu bukaan baru 4cm.. dan antibiotics tu on utk 2jam.. bila dah abes, nurse akan tambah lagi.. tapi baru 30mnt on antibiotics yg 1st, saya dah panggil2 nurse sbb badan dah gigil2.. rupanya bukaan dah 10cm.. trs ke LR.. bila baby dah lahir, antibiotics trs pada dia utk 3 hari.. saya dapat stay je dekat ward selama 3hari tu bersama baby.. kira saya dapat rehat dan bf baby je la.. lepas 3 hari semua ok.. Alhamdulillah

Đọc thêm
3d trước

bagusnya. i pon ada gbs. detect masa kandungan 25w. tp xde on pape antibiotics masatu. astu 30w dah emergency czer. x sempat nk buat pape (ikut treatment planning asal-serah diri pd 35w and on antibiotics). baby prem. smngu ptama dlm nicu on antibiotics sb ada jangkitan kuman kat paru². alhamdulillah heal. sb kuman gbs. tp baby lama la dlm nicu and scn ab x cukup bulan masatu.. alhamdulillah anak dah 6m skng..

Boleh bersalin normal jika tiada masalah kandungan/kesihatan yang lain. GBS ni tak boleh kurangkan. GBS ni ialah bakteria yang hidup dalam kawasan rektum dan vagina. Masa proses bersalin nanti akan dapat antibiotic drip untuk menghalang bakteria (GBS) daripada transmit to baby. Keputihan je yang boleh kita kurangkan atau control. Caranya - Kurangkan pengambilan gula dalam diet seharian - Amalkan probiotik. Probiotik boleh dapat dalam bentuk makanan atau supplement. Contoh makanan: yogurt dan tempe. Contoh supplement kena rujuk doktor anda. - Jaga kebersihan vagina. Lap kering setiap kali buang air besar/kecil. - Penggunaan pantyliner maksimum 2 jam je. Elakkan lagi bagus - Jangan guna feminine wash Nak info yang lagi details boleh tanya, tanya, tanya, dan bincang dengan doktor awak. Oh boleh rujuk FB posting Dr Imelda Balchin berkenaan GBS +ve in pregnancy. BTW saya pun GBS+ve mom. Bersalin normal. No worries okay. InshaAllah semoga dipermudahkan urusan awak. Kena rajin dan aktif berbincang dengan doktor masa hari checkup.🌹

Đọc thêm
4d trước

Saya bersalin hospital swasta. Husband teman saya 24 hours dalam labour room dan ward.

pengalaman sy gbs ank kedua ,mula kne false contraction . .doc cek jalan baru 2 cm .sambil seluk tu doc kuak2 kita punya tu sbb nk bukak jalan . .then doc soh balik .lepas je balik ,tak lama tu mmg contaction betul . .then pergi balik PAC . .tunggu lebih kurang 2 jam bukaan terus 10 cm .mmg tak sempat nk on antibiotik .dan terus ke labour room . .misi suro tahan masa otw LR .dan tak sampai 5 minit kt LR ,sy mmg tak boleh tahan baby tu .terus lah beranak . .lepas baby keluar je ,baby terus di bawa ke NICU utk on antobiotik . .1 malam sy di wad tanpa baby . .baby kne tahan wad sampai 4 hari .

Đọc thêm

Gbs boleh bersalin normal. Sblum bersalin, akn diberi antibiotik. Antibiotik ni kena cukup, kalau x ckup xdpt cover untuk baby, baby akn kena tahan wad lebih kurang 5hari utk on antibiotik. Utk mommy, satu je saya nk pesan, persiapkan mental nd fizikal kalau2 mommy boleh balik dlu, baby xboleh balik lagi. Sbb saya pun baru kena pregnant kalini, nd baby kena tahan wad 7hari. Gbs ni bahaya utk baby, xbahaya utk kita, bila antibiotik xdpt cover baby mmg bahaya. So mommy kena bykkan doa ya. Moga dipermudahkan urusan mommy

Đọc thêm

sy +gbs masa pregy anak kedua.. skrg dah lebih 30 hari berpantang. masa warded nurse akan on antibiotik 4 jam sekali sehingga bersalin. masa nak bersalin dh 8cm masa tu dah on antibiotik 2 jam sebelum jadi dah xperlu on antibiotik lagi. baby pun xperlu berpisah dengan sy. selesai bersalin boleh turun ward dengan baby. jadi tak perlu risau untuk bersalin normal.. mula sy pun gitu jugak risau bersalin normal takut anak dpt jangkitan tapi alhamdulillah tiada masalah

Đọc thêm

Kene jaga pemakanan , pantang makan makanan yang berasaskan tepung dan makanan atau minuman yang manis . Inn shaa Allah lepas tu okay sikit tak terlalu gatal. Dulu nurse bagi je ubat yang kene seluk dekat bawah tu, Tapi saya tak guna pun , lebih kepada jaga pemakanan . Yang paling penting lagi jaga kebersihan , pakai pantyliner dan kerap tukar . Saya bersalin normal, Alhamdullilah .Harap bermanfaat untuk mummy.

Đọc thêm

Bila Doctor sahkan GBS .. dorang akan cover antibiotics semasa nak 4cm or pecah air ketuban Nama dia iv c penicillin .. kalau cukup dossage .. anak x akan admit ke scn(ward bayi) .. kalau x cukup dose .. anak kena admit untuk cukupkan antibiotics nama dia gentamycin and penicillin 2 hari.. takut anak kena sepsis/jangkitan kuman badan.. ini untuk normal vaginal delivery Kalau cser .. x perlu admit

Đọc thêm

in Sha Allah boleh bersalin normal kalau tak ada apa² komplikasi.. GBS Ketika Hamil: Kenali Apa Itu GBS, Tanda Tanda GBS & Kesan GBS Pada Bayi Baru Lahir . Rawatan untuk GBS 👇 https://my.theasianparent.com/jangkitan-kuman

sy gbs carrier...n beranak normal...inform pd nurse atau doc awal so that bila tanda dh kluar doc akan bg antibiotic sblm bersalin...rendam air garam membantu...antibiotic skjp je kesannya...