Suami merokok.

Hi mom. Macam mana ya nak sedarkan suami yang merokok dan keras kepala ni. Suami saya tak merokok depan baby. Dia merokok dekat luar rumah. Tapi bila dah habis merokok dia terus masuk bilik peluk cium baby. Saya penat sangat dah tegur dia. Saya dah cakap lepas merokok gosok gigi , basuh tngan dan tukar baju. Tapi dia buat² tak dengar , senang kata masuk telinga kanan keluar telinga kiri. Saya stress sangat. Tambah lagi suami saya ada satu perangai suka kacau baby tido. Bila saya marah dia marah saya balik. Dia cakap tu anak dia juga. Tapi saya ni banyak sangat pantang larang. Semua yang dia buat tak kena di mata saya. Tolonglah , waktu rehat saya time anak saya tidur dan time mak saya amek baby je. Dia bila dah bangunkan baby dia jaga tak sampai 5 minit terus lari keluar merokok dan tinggalkan saya dengan baby. Saya tengah dalam pantang dan emosi saya betul² terganggu. Saya stress sangat². Kalau boleh saya nak bawa baby saya lari je dari rumah. Saya sayang anak saya , dia macam pentingkan diri dia sendiri ja. N lagi satu suami saya selalu gurau cakap dekat baby susu badan saya ni sikit dan tak bagus. Dia cakap baby lebih kenyang dan sihat bila minum susu formula di bandingkan susu badan saya. Tolong sangat otak saya betul² dah stress. Saya pernah dah gaduh tentang hal ni dengan dia. Tapi dia taknak mengaku salah dan akhirnya saya makan hati je , nangis sambil menyusukan baby. #SeriusTanya #bantujawab #Sharing_dong_Bund #ingintahu #firstmom

5 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

maaf puan, tapi saya boleh cakap suami puan ni memang banyak kurang akal dia .. takde ciri2 suami yang berguna betul , part bangunkan anak tidur tu, bagi dia rasa jaga anak tu dari malam sampai ke malam balik mcm mana rasa dia nk tidurkan dgn kita sakitnya lepas bersalin plus bandingkan susu badan dengan formula dia memang tak suka membaca atau mcm mana? apa yang buatkan puan jatuh hati dengan dia, lastly part merokok tu pun sama atleast basuh tangan basuh mulutlah , ini buat tak dengar je , iq dia tahap dkt mana ni .. maaf puan saya tumpang emosi sebab teruk sangat perangai dia ni , isteri nk df anak tu pun dia kena bersyukur tau , zaman dulu pun dibayar upah dia ingat percuma tak pakai tenaga ke ? tahu buat je, tang jaga dia biar puan sorang2

Đọc thêm

ya Allah kesian sis . faham sangat part yang bangunkan baby tu . sis bertegas je dengan dia . cakap sis pun perlukan rehat , kalau rasa nak kejut anak , suruh dia jaga sampai anak tidur balik . pam susu masuk botol biar dia yang susukan . bab susu sis tak bagus tu pulak , dia tak belajo ke . susu badan ibu adalah yang paling terbaik . bukan susu formula tak bagus tapi susu badan ibu tu dah cukup semua nutrisi dia & cepat hadam . lepastu yang merokok tu pulak , sis bukak je ceramah ustaz ii pasal hukum merokok ni . bior dia dengar , klau tak masuk otak jugak . sis mintak tolong mak/ayah sis ke family sis ke tegur dia . sis jangan stress ii sangat nanti susu sis drop , happy ii je tauu 🫶🏼

Đọc thêm

dalam hal ni , puan kene tegas . Dia nak marah puan balik , puan marah je la dia balik . Tak de pilihan . Sbb x paham bahasa . Maybe boleh tazkirah kesan keburukan mencium anak selepas merokok .

mcm makcik saya anak da sakit sbb suami selfish . makcik saya kuat kan diri biar suami yg jaga kluar masuk hospital . lps tu baru ada akal

tak berakal ek suami sis tu.. buat anak pandai.. pastu xnk jaga emosi bini..