Terasa hati.
Hi, saya terasa betul sejak mak mertua tuduh saya makan piza hari2. Nak jumpa piza pun 6 bulan sekali, makan pun kadang setahun sekali. Tahu la menantu dia ni yang paling gemuk antara semua menantu dia yang lain, tapi agak2 la tuduhan tu. Makan pun bercatu, bukan dia tahu. Sejak duduk dengan biras, dia diberi macam2. Makan macam2, tapi takde pula saya tegur dia. Lantak la dia nak makan apa, beli apa. Bukan setakat tu je, masa suami tak berapa nak ada duit dia minta nak beli baju la itu ini. Suami cakap beli lain kali, tapi mak mentua asyik bercakap je pasal baju tu. Terpaksa keluar duit poket sendiri untuk belanja dia, padahal saya simpan untuk beli keperluan anak. Belum lagi bab merokok, ye mak mentua saya ni merokok. Elok dulu kurang merokok, sejak dimanjakan anak menantu terus ketagihan. Dulu dia hisap sehari sebatang, kali ni sekotak boleh habis 2 hari. Beberapa hari lagi nak tidur dekat rumah kami pula, dengan ada anak kecil, baby lagi. Suami merokok boleh tegur, tapi kalau mak mentua ni ditegur merajuk. Lepas tu stress, lepas tu takde selera makan. Last2 kami dituduh pula beri tekanan pada dia. Saya yang stress kena hadap. Suami ni kita cakap dia boleh je tolong, tapi kadang gitu la. Anak dengan mak ni bukan jalan sangat nasihat tu.