Susu after czer

Hi mom, after czer ambil masa berapa lama yaa utk keluar susu ? Sepanjang belum ada susu tu baby okay ke kalau dia latch tp nipple kosong je ? Risau laa baby lapar ☹️ hospital sy ni tak dibenarkan bawak fm & bottle.#firsttimemom #Needadvice

11 Các câu trả lời
 profile icon
Viết phản hồi

Saya pun bersalin czer. Sebelum bersalin memang check breast takde susu langsung. Lepas bersalin hari kedua dah kuat sikit baru pegi tengok anak kat nicu. Masa tu nurse datang tanya nak susukan anak tak, saya cakap tak pandai (1ˢᵀ time mom jugak) and tak sure ada susu ke tak. Then nurse tu cakap ‘eh jangan cakap takde susu. Adaaa. Kena yakin ada susu sebab nak susukan anak inshaAllah akan ada susu’ then nurse tolong ajarkan menyusu and suprisingly memang lepas anak latch susu mula keluar walaupun sikit. Tapi tak risau sangat kalau anak tak kenyang sebab selagi anak kat nicu nurse akan bagi susu kat baby. Then sehari sebelum saya discharge ward baby dah boleh discharge dulu, so disebabkan saya belum discharge ward so dorang hantar baby ke ward. Masa tu pun gelabah jugak sebab breast takde susu sangat and sama case macam sis tak boleh bawak susu formula and bottle. Tapi jangan risau, kalau baby nangis cuba je menyusu kalau dia tak kenyang dia nangis nanti nurse akan datang ke kita masa tu bagitau la susu badan takde and anak lapar. Nanti dorang akan kasi susu kat baby kita. Tapi dah discharge nanti jangan lupa panggil tukang urut breast untuk lancarkan susu. Saya lepas urut alhamdulillah susu dah cukup untuk kenyangkan baby. (Sorry cerita agak panjang) 😅

Đọc thêm
Influencer của TAP

Saya di Operating theater masa tengah jahit, Nurse yg bawa baby untuk menyusu kat saya. Nurse kata baby pandai hisap & susu banyak. Syukur. Yg penting, tenang, elakkan stress, minum air kosong secukupnya, bersenam, makan lengkap nutrisi, buat urutan cek payudara semasa mandi tu. Pastikan puting, aerola bersih. Newborn, perut baby kecil je, do, minum memang sedikit. Yg pasti kerap penyusuan max 3jam sekali. Boleh follow medsos Owh Didiyana atau group FB Happy Breastfeeding Malaysia untuk info bermanfaat

Đọc thêm

Kalau saya ambil masa sampai 4 hari baru susu badan keluar. Saya sampai menangis risau baby lapar berhari2. Saya bagitau nurse KK susu badan tak keluar tapi saya kena marah balik. Nurse cakap jangan fikir susu badan takde kena yakin ada. Awak jangan overthinking jangan stress tau. Awak kena set in mind susu badan ada kena yakin ada. Pemikiran kita memang ada bersangkut paut dgn breast kita. Kita fikir susu badan takde so memang susu tak keluar. If kita fikir susu badan ada so nanti akan keluar.

Đọc thêm

Slalunya lpas bersalin mmg ada org akn ambil msa utk susu kluar. X semua org terus ada susu. Badan org lain2. Teruskn je bgi, bila baby hisap nti bgi signal badan supply susu, klu xde, bdan anggp x perlu. Susu badan ni ikut supply & demand. Pandai nti badan ibu bgi supply. Pastikn baby btl2 melekap mulut apa aerola, klu x melekap btl2 melecet puting nti/fikir ank xnak mnyusu sdgkn dah lapar. Minta ajar nurse klu x tau.

Đọc thêm

Mmg kena latch walaupun takda susu sbb tu bagi signal dkt breast yg susu tgh ada demand. Latch je bila2 ikut timing baby, nnt susu akn banyak dgn sendiri. Yg kena risau nya bila tak latch sbb igt susu takde, so breast dpt signal takda demand get ready susu akn sikit / takda. Keep breast feeding je ya. Nnt susu meriah terkejut.

Đọc thêm

anak sulung selalunya yang lambat sikit keluar susu. kena bagi baby latch selalu untuk rangsang breast milk. Urutan pon membantu.anak sulung saya, 2 hari jugak baru susu tu keluar. pastikan puting tu tak tersumbat. kena bersihkan. boleh try sapu minyak zaitun untuk bersihkan puting susu

Anak first czer susu saya keluar right away sampai bengkak kalau baby tak bf. Anak second czer 3 hari baru keluar. Even tak keluar apa2, kita tetap kena latch stimulate, to signal breast.

normal ke czer ke once baby lahir terus breast kena ada rangsangan, samada baby latch @ puan marmet, setiap 1jam paling lama 2jam sekali siang dan mlm

Saya tak czer, tapi susu keluar lepas 4 hari. Lepas keluar hosp, saya guna pam susu utk stimulate. Lepas 2 hari, susu dah mula keluar.

For me right after dah ade. Makan banyak chocolate drink longan oats dan protein. Lepaskan baby main kat sana then surely ade